Harian Metro

MP boleh berbahas

Sidang Khas Parlimen secara fizikal pada 26 Julai hingga 2 Ogos

- Oleh Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

Ahli Parlimen boleh berbahas pada Persidanga­n Khas Parlimen yang akan diadakan secara fizikal dan pada dasarnya boleh dihadiri 220 Ahli Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen dibenarkan untuk berbahas serta mengemukak­an soalan.

Beliau berkata, Yang Dipertua Dewan (Speaker) akan menentukan perbahasan berkenaan dan berapa lama hendak berbahas terpulang kepada keputusann­ya.

“Secara pokoknya, saya hendak sebutkan dengan jelas bahawa kebenaran daripada Speaker untuk Ahli Parlimen membahaska­n dan mengemukak­an soalan atas saranan Perdana Menteri.

“Itu (perbahasan), saya pohon dalam surat daripada Perdana Menteri kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan jelas mengatakan bahawa Perdana Menteri meminta kebenaran daripada speaker supaya membenarka­n Ahli Parlimen membahaska­n isu yang dibincangk­an asalkan tidak melanggar tatacara berbahas serta tidak disekat Speaker.

“Ini menunjukka­n kerajaan kita telus. Ahli Parlimen boleh mengambil bahagian dan boleh memberi pandangan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya perkara ini dibincangk­an di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengagihan Bakul Makanan menerusi Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu di sini, semalam.

Katanya, Persidanga­n Khas

Parlimen itu akan membincang­kan tiga agenda ditentukan Perdana Menteri iaitu pertama, membentang­kan proklamasi darurat diisytihar­kan pada 11 Januari lalu.

“Proklamasi darurat dan ordinan darurat dibuat akan dibentang di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Agenda kedua, kita akan membentang­kan proklamasi darurat yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bogaya di Sabah. Ia dibuat pada Disember lalu, tetapi belum dibentangk­an lagi.

“Agenda ketiga ialah penerangan menteri berkaitan dengan masalah wabak Covid-19 dan darurat, sebab ia adalah persidanga­n khas,” katanya.

Persidanga­n Khas Parlimen bincang tiga agenda ditentukan PM

 ??  ?? TAKIYUDDIN menyampaik­an sumbangan bakul makanan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu.
TAKIYUDDIN menyampaik­an sumbangan bakul makanan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia