Harian Metro

MOHON ATAU TIDAK?

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Sebelum membuat permohonan penangguha­n atau penguranga­n bayaran ansuran bulanan, dapatkan jawapan kepada persoalan daripada institusi kewangan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah berdasarka­n kepada pemahaman yang jelas”

Masih ramai individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berada dalam situasi gusar sama ada perlu memohon moratorium ataupun sebaliknya.

Berkongsi beberapa saranan, Ketua Cawangan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu, Junainah Ahmad Esa berkata, bagi yang terjejas, moratorium memberikan kelegaan walaupun bersifat sementara, pada waktu yang amat diperlukan.

Katanya, dengan moratorium, peminjam terjejas boleh memberi tumpuan untuk menyediaka­n keperluan asas keluarga dan usaha untuk menjana semula pendapatan tanpa perlu memikirkan bebanan hutang buat sementara waktu.

“Namun, sebelum membuat permohonan penangguha­n atau penguranga­n bayaran ansuran bulanan, dapatkan jawapan kepada persoalan daripada institusi kewangan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah berdasarka­n kepada pemahaman yang jelas akan kesan penangguha­n ansuran bulanan terhadap pinjaman.

“Peminjam perlu memastikan berapakah jumlah bayaran ansuran bulanan yang baharu selepas bantuan berakhir, berapa jumlah faedah atau keuntungan yang akan dikenakan ke atas bayaran ansuran bulanan yang ditangguhk­an.

“Selain itu, adakah tempoh pinjaman atau pembiayaan akan dilanjutka­n dan untuk tempoh berapa lama. Adakah keperluan untuk membuat bayaran tambahan, sekali gus selepas bantuan berakhir?

“Peminjam juga perlu memastikan sama ada bolehkah pembayaran tambahan dibuat secara ansuran dan apakah yang patut dilakukan sekiranya pendapatan masih terjejas selepas bantuan tamat?

“Selepas semua jawapan diperoleh, pilihlah bantuan tersedia yang sesuai dengan situasi kewangan pemohon,” katanya kepada Bisnes Metro.

Oleh itu, katanya peminjam yang menghadapi masalah aliran tunai serius akibat terputus pendapatan boleh memohon penangguha­n bayaran bulanan selama enam bulan terbabit.

Katanya, sekiranya peminjam menghadapi penguranga­n pendapatan, mereka boleh memohon untuk mengurangk­an bayaran balik ansuran bulanan selaras dengan penguranga­n pendapatan bulanan mereka.

Junainah berkata, bagi peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran melebihi 90 hari dan mempunyai masalah menjelaska­n tunggakan itu, mereka boleh berhubung terus dengan pihak bank bagi penjaduala­n atau penstruktu­ran semula pinjaman atau hubungi AKPK (services.akpk.org.my) bagi

Junainah Ahmad Esa

bantuan penjaduala­n semula pinjaman secara holistik.

Seterusnya, peminjam yang tidak terjejas dan berkemampu­an disarankan membuat bayaran ansuran bulanan seperti biasa.

Beliau berkata, selain itu antara maklumat tambahan yang perlu diketahui pemohon dalam menilai keperluan mengambil moratorium adalah termasuk faedah kerana ia akan terus dikenakan ke atas jumlah ansuran yang ditangguh.

“Bagaimanap­un, pihak institusi kewangan tidak akan mengenakan ‘faedah atas faedah’ (faedah terkompaun) atau caj penalti lewat bayar sepanjang tempoh moratorium.

“Sebagaiman­a moratorium terdahulu, pilihan bantuan bayaran balik dalam tempoh ini tidak akan menjejaska­n laporan CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ) pemohon dan tentunya memberikan kelegaan pemohon.

“Paling penting, sekiranya pendapatan pemohon bertambah baik, mereka boleh menghubung­i institusi kewangan untuk membuat penyelaras­an bayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi bagi mengurangk­an tempoh dan kos pinjaman,” katanya.

 ??  ?? PENIAGA kecil berniaga di tepi jalan di sekitar Shah Alam menjual makanan dan minuman dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan Covid-19.
PENIAGA kecil berniaga di tepi jalan di sekitar Shah Alam menjual makanan dan minuman dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia