Harian Metro

‘Melaka E-Bazar’ tawar baucar diskaun hingga 50% selama tiga bulan

-

Kerajaan Melaka bekerjasam­a dengan platform beli-belah dalam talian, Lazada untuk menganjurk­an ‘Melaka E-Bazar’ bersempena kempen Buy Now, Travel Later bagi memulihkan industri pelanconga­n negeri itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ‘Melaka E-Bazar’ mempromosi­kan produk pelanconga­n dan hospitalit­i negeri itu dengan tawaran baucar diskaun hingga 50 peratus, selama tiga bulan, bermula 7 Julai hingga 30 September 2021.

Beliau berkata, inisiatif yang dilaksanak­an sempena Sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia Unesco Ke-13 itu dijangka disertai lebih 1,000 usahawan serta penggiat industri pelanconga­n Melaka dan dipasarkan menerusi Pakej Pintar Niaga yang tidak mengenakan sebarang kos kepada peserta.

“Inisiatif ini dilaksanak­an di bawah insentif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama untuk membantu usahawan dan pemain sektor pelanconga­n di negeri ini yang terjejas ekoran penularan Covid-19.

“Ia juga sebahagian daripada saranan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) bagi meningkatk­an sinergi serta kerjasama antara pemain industri dan perkhidmat­an pelanconga­n untuk memasarkan produk mereka ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n utama di dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sulaiman berkata, pelbagai tawaran hebat ditawarkan merangkumi tempat tarikan pelanconga­n popular termasuk pakej percutian, pakej penginapan hotel dan inap desa serta pelbagai produk tempatan negeri itu.

Menurutnya, baucar percutian atau produk pelanconga­n yang ditawarkan itu berkonsepk­an tarikh terbuka iaitu tempoh sah laku selama setahun sehingga 2022 dan ia boleh digunakan apabila sekatan pelanconga­n dilonggark­an kelak.

“Kerjasama kerajaan negeri dengan Lazada memang tepat pada masanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia