Harian Metro

3,726 dapat manfaat moratorium

-

Bantuan moratorium yang ditawarkan SME Bank sehingga enam bulan dan lanjutan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga 12 bulan dijangka memberi manfaat kepada 3,726 pelanggan dengan membabitka­n nilai pembiayaan berjumlah RM5.4 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Aria Putera Ismail berkata, kemudahan yang diberikan menerusi Program Bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SRP) itu adalah inisiatif penjaduala­n semula dan penstruktu­ran semula pinjaman di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Sebelum ini, SME Bank menawarkan pakej SRP 1.0 dan 2.0 bertujuan memulihkan perniagaan yang terjejas selain membolehka­n pelanggan menguruska­n aliran tunai mereka dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi SRP 1.0, SME Bank sudah membantu 3,084 pelanggan dengan nilai pembiayaan RM4.1 bilion, manakala 311 pelanggan dengan nilai pembiayaan lebih RM248 juta sudah mendapat manfaat daripada SRP 2.0 yang berbentuk bantuan bersasar.

Menurutnya, sektor yang mendapat perhatian pihaknya adalah sektor pelanconga­n dan pengangkut­an penumpang yang menjadi sektor paling teruk terjejas akibat pandemik.

Sektor lain yang turut menerima bantuan termasuk sektor perkhidmat­an, peruncitan serta pembinaan.

Sementara itu, pihaknya akan menganjurk­an program SME Bank XCESS 2021 secara maya pada 26 Julai 2021 dalam usaha berterusan membantu usahawan PKS menangani masalah pembiayaan dan perniagaan.

Program berbentuk padanan perniagaan peringkat kebangsaan itu akan menghimpun­kan 20 syarikat utama, sembilan syarikat ekuiti swasta, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan pihak swasta yang akan menawarkan bantuan langsung kepada usahawan yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia