Harian Metro

HORMATI KARYA SENI

Ogy minta 'influencer' hadiri kelas lakonan jika dapat peluang jadi pelakon

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Isu mengenai 'influencer' dari media sosial yang diangkat sebagai pelakon untuk karya tontonan di kaca TV nampaknya masih menjadi isu yang diperdebat­kan dalam industri.

Bagi pelakon versatil dan pemenang anugerah dalam dunia lakonan, Ogy Ahmad Daud, kehadiran golongan 'influencer' ini tidak menjadi masalah buat dirinya.

Namun, apa yang ditekankan oleh Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud ini adalah rasa hormat kepada kerjaya dan karya seni itu sendiri.

“Itu adalah rezeki masing-masing. Tapi, tolong faham, hormat dan cintakan karya seni yang mana, lakonan juga adalah karya seni. Belajar bagaimana untuk menghormat­i perkara ini,” katanya.

Menurutnya, golongan 'influencer' ini seharusnya memandang serius kerjaya sebagai pelakon apabila mereka menerima tawaran dan diberi peluang.

“Apabila kamu diberi peluang untuk muncul di kaca TV, kenapa tak ambil serius? Kamu tak boleh jadi pelakon profesiona­l dalam masa sehari sebab kena melalui pelbagai proses.

“Kamu perlu menghadiri kelas-kelas dan bengkel lakonan. Inilah yang akan menjadikan kamu pelakon dengan ilmu. Apabila ada yang nak sentap, kamu bukanlah dalam industri yang sesuai,” katanya.

Tambahnya, penulis dan produksi juga seharusnya menghasilk­an karya yang jujur dan mengangkat individuin­dividu yang sesuai untuk menterjema­hkan sesuatu cerita itu.

“Banyak ceritera-ceritera yang berlaku di depan mata kita. Penulis kena pantau, kejujuran memang banyak berlaku depan mata. Kenapa kita tak berani angkat karya jujur begitu?

“Angkat mereka yang mampu menterjema­h dengan baik, apa yang dituntut dalam wadah itu. Saya begitu kecewa apabila ada individu yang melabelkan pelakonpel­akon senior dalam satu drama, sebagai pelakonpel­akon tua.

“Kalau di Indonesia, kenapa mereka ambil pelakon-pelakon senior sebagai teraju utama? Sebab mereka dididik untuk menghargai apa itu seni,” katanya.

Terbaharu, Ogy muncul membintang­i drama bersiri Ayahanda yang mengisi slot Lestary TV3 menerusi watak sebagai Noriah.

“Apabila saya menerima skrip drama ini, saya baca dan terus terang saya katakan, ini adalah skrip pertama yang diadaptasi dari novel yang saya tak ada sebarang teguran (complaint).

“Ia benar-benar meragut

Kamu perlu menghadiri kelas-kelas dan bengkel lakonan. Inilah yang akan menjadikan kamu pelakon dengan ilmu. Apabila ada yang nak sentap, kamu bukanlah dalam industri yang sesuai OGY AHMAD DAUD

kalbu saya. Pemahaman saya mengenai watak Noriah ini adalah dia terlalu faham suaminya sampaikan dia sendiri hilang hak untuk bersuara sebagai isteri.

“Satu sisi yang membuatkan saya tertarik untuk menerima tawaran ini adalah, apabila Noriah beralih daripada seorang isteri taat kepada wanita yang nyanyuk,” katanya.

Menurut Ogy, ini menjadi cabaran besar buatnya walaupun sudah berada di dalam industri seni lakon sejak berdekad lalu.

“Ini memang watak yang sangat mencabar. Saya tak pernah diberi watak begini dan untuk melakonkan watak sebagai wanita yang nyanyuk, ia bukanlah satu tugas mudah.

“Pendekatan dan pemahaman saya berbeza sebab saya akan lihat semula kronologi, apakah punca dia berdepan situasi itu sebelum memulakan penggambar­an,” katanya.

Selain Ogy, drama Ayahanda juga turut dibintangi barisan pelakon hebat dari pelbagai era antaranya, Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Noorkhiria­h dan ramai lagi.

 ??  ?? WATAK Noriah yang dilakonkan Ogy dalam drama Ayahanda.
WATAK Noriah yang dilakonkan Ogy dalam drama Ayahanda.
 ??  ?? OGY harap golongan 'influencer' yang jadi pelakon belajar hargai karya seni.
OGY harap golongan 'influencer' yang jadi pelakon belajar hargai karya seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia