Harian Metro

UPAI BAWA KELAINAN

Nyanyi sendiri lagu I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Memulakan langkah sebagai penyanyi pada usia 40 tahun tidak menjadi penghalang buat penghibur kelahiran Brunei Darussalam, dikenali Upai untuk mengorak langkah dengan penuh bersemanga­t.

Baginya, kehidupan sebagai penyanyi baru saja bermula berbekalka­n pengalaman­nya yang aktif berkerja di belakang tabir sejak enam tahun terakhir ini.

“Semua orang boleh bermimpi, dan tak kisahlah umur berapa sekali pun, kalau kita nak gapai mimpi kita, teruskan.

“Dalam kes saya, bukan saja saya menganggap apa yang berlaku sebagai tuah, tetapi juga kebetulan. Saya tidak menganggap diri saya sebagai penyanyi, tetapi penghibur,” katanya.

“Saya bekerja sebagai jurutera audio dan lama kelamaan, saya terus mengembang­kan sayap kerjaya sebagai jurutera audio di dalam produksi dan penerbitan muzik.

“Secara profesiona­l, saya bekerja dalam bidang ini di Jakarta selama empat tahun, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 2019.

“Rezeki saya ditemukan dengan Faithful Music dan bekerja dengan mereka dalam bidang penerbitan serta persembaha­n secara langsung,” katanya.

Hadir dengan single yang begitu unik menggunaka­n judul I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik, Upai tidak menyangka demo yang dihantar untuk dinyanyika­n oleh penyanyi lain, kini menjadi single sulungnya.

“Pada awalnya, niat asal saya adalah untuk menghantar demo ini kepada label dan mencari kalaukalau ia sesuai dinyanyika­n oleh mana-mana artis.

“Saya ada hantar beberapa demo lagu termasukla­h lagu I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik dan pihak label bersetuju untuk mencari penyanyi yang sesuai.

“Tak lama selepas itu, dunia dilanda dengan Covid-19 dan itu menjadi salah satu sebab penerbitan lagu ini ditunda beberapa kali.

“Tahun ini, selepas perbincang­an bersama Faitfful Music, mereka mencadangk­an agar lagu ini dilancarka­n dan saya sendiri menyanyika­nnya berikutan ia lebih sesuai dengan jiwa dan karakter saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai calon penyanyi yang sesuai menyanyika­n lagu itu sekiranya ada, Upai menamakan beberapa penyanyi lain.

“Ada dua nama yang saya rasakan sesuai. Pertama adalah penyanyi, Fairuz Misran yang popular dengan wajah mirip Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan seorang lagi adalah, Luqman Podolski,” katanya.

Berkongsi mengenai konsep muzik yang dibawakann­ya, Upai atau nama sebenarnya Erwinizan Mugit ingin mencipta kelainan.

“Konsep saya adalah untuk menghasilk­an satu karya yang berbeza daripada apa yang sudah sedia ada di dalam industri muzik ketika ini.

“Jadi, saya dedikasika­n lagu ini kepada karakter pilihan saya iaitu Miss Piggy dari siri TV kanak-kanak, Sesame Street.

“Bagi saya, dia digambarka­n sebagai wanita yang yakin dengan dirinya dan memiliki kejelitaan peribadi tersembuny­i dari dalam,” katanya.

Jadi, saya dedikasika­n lagu ini kepada karakter pilihan saya iaitu Miss Piggy dari siri TV kanak-kanak, Sesame Street UPAI

 ??  ?? UPAI tampil dengan single I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik.
UPAI tampil dengan single I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik.
 ??  ?? USIA bukan penghalang, Upai tekad capai impian sebagai penghibur.
USIA bukan penghalang, Upai tekad capai impian sebagai penghibur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia