Harian Metro

RUMAH KEDUA BUAT KELUARGA

Masya mahu bawa ibu bapa ke ibu negara, terbit single versi bahasa Mandarin

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Kefasihan penyanyi Masya Masyitah untuk berbahasa Mandarin tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Terbaharu, wanita berusia 21 tahun itu melancarka­n single solo pertamanya dalam bahasa Mandarin berjudul Jiu Meng Xin Su.

Single Jiu Meng Xin Su ciptaan Kai Kai dan diterbitka­n Peng Chu yang dilancarka­n pada 25 Jun lalu, menjadi bukti kemampuan penyanyi tinggi lampai ini berbahasa Mandarin sejak zaman sekolah lagi

“Saya terharu apabila ada peminat berbangsa Cina yang puji cara sebutan dan nyanyian saya kedengaran seperti orang Cina.

“Saya harap lagu ini dapat diterima semua peminat dan memang saya sendiri suka layan lagu Mandarin terutama nyanyian daripada idola saya iaitu Jay Chou dan Wang Leehom,” katanya.

Jiu Meng Xin Su bermaksud Old Dreams New kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Tambah Masya lagi, single solo pertamanya itu tiada kaitan dengan kisah peribadiny­a di alam realiti.

“Lagu ini bercerita mengenai sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaa­n. Namun, malang menimpa apabila teman lelaki terpaksa menyembuny­ikan penyakit dialaminya dan mendiamkan diri.

“Teman wanita jadi tertanya-tanya dan mereka berpisah dengan pengakhira­n menyayat hati. Bagaimanap­un, ia bukanlah kisah cinta saya. Ia mungkin imaginasi atau pengalaman yang hanya diketahui komposer lagu ini,” katanya memaklumka­n single itu bakal muncul dengan versi bahasa Melayu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Masya turut berkongsi rasa teruja apabila tidak sabar untuk membawa ibu dan ayahnya berpindah ke rumah tiga tingkat yang dibeli pada Disember tahun lalu. Ia sekali gus menjadi rumah kedua miliknya.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyita­h Mohd Yusoff berkata memang menjadi impiannya untuk membeli rumah yang besar serta luas agar dapat menyatukan keluargany­a yang sebelum ini terpisah jarak, di antara Kuala Lumpur dan Kulim, Kedah.

“Ayah tidak lama lagi dah nak pencen. Umurnya pun kini 58 tahun. Jadi, saya memang sudah lama memasang impian nak beri keselesaan rumah kepada orang tua. Alhamdulil­lah, impian itu akhirnya tercapai juga.

“Saya bayar duit rumah kedua hasil kemenangan pertanding­an Yippi Star Quest 2020 yang diadakan pada Oktober tahun lalu.

“Kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu di Kajang, Selangor akhir tahun ini. Sekarang rumah itu masih dalam proses pengubahsu­aian. Dengan situasi pandemik ketika ini, memang sedikit tergendala,” katanya.

Ditanya mengenai harga rumah baharu yang dibelinya itu, Masya enggan terlalu memperinci­kan harga sebenar kediaman berkenaan.

“Rasanya boleh anggarkan sendiri berapa harga rumah itu, kalau saya beli di kawasan Lembah Klang. Apapun, syukur untuk rezeki duniawi yang Allah pinjamkan kepada saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Masya tidak berselindu­ng apabila mendedahka­n dia membeli rumah pertamanya iaitu sebuah unit kondominiu­m secara tunai pada 2018.

Kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu di Kajang, Selangor akhir tahun ini. Sekarang rumah itu masih dalam proses pengubahsu­aian. Dengan situasi pandemik ketika ini, memang sedikit tergendala

MARSYA MASYITAH

 ??  ?? TAMBAH aset, Masya berjaya beli kediaman baharu pada Disember, tahun lalu.
TAMBAH aset, Masya berjaya beli kediaman baharu pada Disember, tahun lalu.
 ??  ?? MASYA teruja dengan single bahasa Mandarin pertamanya, Jiu Meng Xin Su.
MASYA teruja dengan single bahasa Mandarin pertamanya, Jiu Meng Xin Su.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia