Harian Metro

GRADUAN BERSIFAT GLOBAL

Selain penguasaan bahasa asing, nilai tambah berbentuk kemahiran alternatif amat diperlukan

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kebergantu­ngan pada pasaran kerja tempatan sahaja sudah tidak memadai.

Justeru, bagi meningkatk­an kadar kebolehpas­aran dalam kalangan graduan tempatan, institusi pengajian tinggi (IPT) disaran melahirkan graduan bersifat global.

Ketua Pegawai

Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof

Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata,

IPT perlu memastikan graduan tempatan berupaya menembusi pasaran kerja antarabang­sa.

Justeru pihak IPT perlu memikirkan alternatif dengan melahirkan graduan yang bersifat global.

“Dalam usaha ini, graduan perlu mempunyai ciri-ciri atau ‘pakej’ tertentu supaya diterima majikan sama ada dari syarikat multinasio­nal di Malaysia mahupun yang berpangkal­an di luar negara.

“Antara ciri-ciri itu termasuk mempunyai daya pemikiran kritis, berkarakte­r global, sifat kepemimpin­an tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan serta nilai tambah dalam aspek kemahiran insaniah,” katanya mengulas bagaimana IPT boleh meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan tempatan yang kini pada 84.4 peratus menerusi saranan inisiatif melahirkan graduan global.

Mengulas lanjut, Dr Mohammad Shatar berkata, penguasaan bahasa asing dan kompetensi silang budaya menjadi elemen penting dalam melahirkan graduan global kerana kemahiran itu sangat diperlukan lebih-lebih lagi apabila graduan ingin

bekerja di luar negara.

Ketika ini, katanya, segulung ijazah sematamata tidak menjanjika­n graduan berupaya mendapat peluang pekerjaan kerana secara umumnya dalam kalangan masyarakat kini mempunyai kelayakan akademik yang baik.

“Jadi, nilai tambah graduan berbentuk kemahiran alternatif amat diperlukan dan penguasaan bahasa asing ialah sesuatu yang wajar diberi pertimbang­an.

“Semua usaha itu bukan sekadar membantu Kementeria­n Pengajian Tinggi dalam meningkatk­an kebolehpas­aran graduan, malah mempersiap­kan golongan itu ke arah bidang kerjaya yang lebih terbuka dan cerah.

“Jadi, graduan tidak perlu tertumpu pada pasaran tempatan sahaja untuk memperoleh peluang pekerjaan kerana kini dunia bersifat tanpa sempadan,” tambahnya.

Saranan pihak MQA itu disambut baik Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff kerana ia dapat membuka ruang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan di Malaysia.

Menurutnya, sebelum ini IPT hanya tertumpu dalam bidang pekerjaan di dalam negara, namun kini selaras dengan teknologi RI-4 iaitu RI-4.0 termasuk kemudahan internet dan banyak lagi, maka ia boleh mendorong graduan ke pasaran antarabang­sa. Namun, graduan perlu berani.

“Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, masa hadapan adalah satu saat yang mencabar kepada semua pihak dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

“Namun, saya percaya dengan kemahiran dimiliki graduan di negara ini, Insya-Allah mereka boleh cemerlang di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Ditanya mengenai perkara yang benar-benar diperlukan mahasiswa dalam meningkatk­an kebolehpas­aran dan mempersiap­kan diri ke arah bidang kerjaya yang lebih terbuka dan cerah, kata Dr Md Amin mudah, pertama sekali graduan perlu melihat isu ini sebagai peluang bukan menyalahka­n keadaan dan situasi semasa semata-mata.

Menurutnya, masa hadapan adalah satu saat yang mencabar kepada semua pihak dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

“Graduan perlu mencari serta memanfaatk­an ruang dan peluang yang ada yang pastinya akan menjadi mereka benar-benar orang berjaya.

“Keduanya, graduan perlu memiliki semangat ingin mencuba sesuatu yang baharu dan berani dalam mencari peluang terkini,” katanya.

Kewujudan Grab, FoodPanda, AirBNB, Booking.com dan banyak lagi aplikasi adalah daripada idea baharu yang sebelum ini tidak siapa pernah terfikir.

Justeru kata Dr Md

Amin, graduan juga perlu berani turun ke gelanggang dan menimba banyak pengalaman dalam apa juga bidang.

“Hari ini, keadaan dunia berubah dengan sangat pantas tidak semestinya bidang yang dipelajari mahasiswa menjadi pekerjaan mereka pada masa hadapan.

“Jadi, graduan mesti berusaha mendapatka­n seberapa banyak kemahiran yang diperlukan dan sentiasa berfikiran positif. Mahasiswa juga perlu berupaya menyelesai­kan masalah serta bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Mengulas mengenai bentuk kemahiran alternatif bagaimana yang diperlukan mahasiswa untuk memenuhi permintaan pasaran global kata Dr Md Amin, program silang budaya dan pertukaran pelajar bersifat antarabang­sa antara salah satu alternatif.

“Kaedah ini akan memberi keyakinan untuk mereka berinterak­si selain memberikan kefahaman budaya antarabang­sa yang jauh berbeza.

“Selain itu, program seumpama ini dapat membuka minda mahasiswa bahawa terdapat kepelbagai­an dan keunikan yang ada di seluruh dunia,” katanya.

“Mereka juga boleh mengembara keluar negara ataupun mencari ruang dan peluang pekerjaan di luar negara.

“Mereka perlu memiliki kemahiran antarabang­sa seterusnya membolehka­n mereka berdaya saing selaras dengan pelajar peringkat antarabang­sa,” tambahnya.

Dengan pandemik Covid-19 ini, graduan terhad dalam melakukan pelbagai aktiviti.

Bagaimanap­un, untuk terus mempunyai daya pemikiran kritis, berkarekto­r global, sifat kepemimpin­an tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan serta nilai tambah dalam aspek kemahiran insaniah, mahasiswa perlu mencebur diri dalam pelbagai aktiviti di kampus.

Dr Md Amin berkata, graduan yang menuntut di IPT tidak boleh hanya bergantung kepada kelas, kuliah ataupun buku teks semata-mata.

“Selain aktif pelbagai aktiviti, mahasiswa juga perlu turun bersama masyarakat. Mereka juga boleh menceburi dunia perniagaan walaupun ketika masih belajar.

“Ini kerana semua pengalaman ini sama ada mereka berjaya atau gagal adalah satu ruang pembelajar­an dalam kehidupan yang akan menjadikan mereka sebagai orang yang tidak mudah menyerah kalah serta sentiasa berusaha ke arah kebaikan,” katanya.

Dr Md Amin juga mencadangk­an supaya mahasiswa tidak hanya terikat kepada kelas, kuliah atau bilangan jam kredit sahaja sebaliknya menceburi pelbagai bidang sama ada sukan, persatuan, debat, kemahiran bahasa, kesukarela­wanan mahupun keusahawan­an.

“Peluang yang diperoleh ketika masih dalam pengajian inilah yang akan menjadikan mereka berbeza.

“Penguasaan bahasa antarabang­sa juga membolehka­n mahasiswa meneroka pasaran antarabang­sa,” katanya.

Antara bahasa yang penting dan paling ramai penggunany­a serta mendominas­i dunia ialah bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Bahasa Arab juga sangat bagus untuk dikuasai kerana ia membuka banyak peluang pekerjaan di negara timur tengah.

Jika diperhatik­an, menurut Dr Md Amin, rakyat di negara Asia Tenggara antara yang banyak mengembara dan bekerja di luar negara.

Ini kerana ‘sense of survival’ mereka sangat tinggi dan percaya bahawa mereka dapat menimba ilmu yang banyak.

“Kalau dilihat, antara perkara yang menghalang graduan Malaysia untuk ke peringkat antarabang­sa ialah penguasaan bahasa antarabang­sa, budaya hidup atau mungkin disebabkan makanan serta kekeluarga­an.

“Oleh itu, graduan perlu tahu sebenarnya di luar negara terdapat ramai rakyat negara ini yang bekerja di sana.

“Mereka ini sangat bangga dengan

Malaysia dan sentiasa menyumbang semula kepada negara,” katanya.

“Jadi, ini boleh diteruskan. Oleh itu, saya menyeru kepada graduan walau di mana mereka berada, perlu senantiasa ingat dan menyumbang kepada Malaysia tercinta.

“Ingat, hijrah anda adalah satu jihad ke arah perkembang­an negara Malaysia yang tercinta,” katanya.

Graduan tidak perlu tertumpu pada pasaran tempatan sahaja untuk memperoleh peluang pekerjaan kerana kini dunia bersifat tanpa sempadan

DR MOHAMMAD SHATAR

 ??  ?? GRADUAN bersifat global dapat membuka ruang pekerjaan lebih luas kepada mahasiswa.
GRADUAN bersifat global dapat membuka ruang pekerjaan lebih luas kepada mahasiswa.
 ??  ?? PROGRAM silang budaya dan pertukaran pelajar bersifat antarabang­sa memberi keyakinan kepada mahasiswa berinterak­si selain memberikan kefahaman budaya antarabang­sa yang jauh berbeza.
PROGRAM silang budaya dan pertukaran pelajar bersifat antarabang­sa memberi keyakinan kepada mahasiswa berinterak­si selain memberikan kefahaman budaya antarabang­sa yang jauh berbeza.
 ??  ?? MAHASISWA tidak perlu terikat kepada kelas, kuliah atau bilangan jam kredit sebaliknya perlu menceburi pelbagai bidang.
MAHASISWA tidak perlu terikat kepada kelas, kuliah atau bilangan jam kredit sebaliknya perlu menceburi pelbagai bidang.
 ??  ?? GRADUAN perlu mencari serta memanfaatk­an ruang dan peluang, sekali gus menjadikan mereka insan berjaya.
GRADUAN perlu mencari serta memanfaatk­an ruang dan peluang, sekali gus menjadikan mereka insan berjaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia