Harian Metro

SIAP SIAGA TEMPUH ALAM KERJAYA

UUM lancar SoHK medium nilai tambah perkukuh kebolehpas­aran graduan

- Oleh Samsudin Oli Mohamed rencana@hmetro.com.my

Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar sejarah tersendiri dengan pelancaran School of Hard Knocks (SoHK) dan penyerahan watikah pelantikan Fakulti Industri yang dikendalik­an Pusat Kerjasama Universiti­Industri (CUIC) universiti itu.

Pelancaran SoHK itu antara inisiatif yang diambil bagi menyediaka­n graduan memiliki kemahiran industri spesifik dalam pelbagai disiplin ilmu.

Sesungguhn­ya perkara ini adalah keperluan pembanguna­n modal insan negara merangkumi keupayaan berfikir aras tinggi, pegangan yang teguh kepada nilai, etika dan elemen kerohanian.

Diadakan secara dalam talian, majlis itu disempurna­kan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Dr Noraini dalam ucapannya berkata, pujian perlu diberikan kepada UUM kerana walaupun dalam cabaran yang dihadapi akibat pandemik Covid-19, pihak CUIC-UUM berjaya melakukan perubahan drastik seiring perubahan teknik pengajaran dan pembelajar­an.

Katanya, penyesuaia­n kepada norma baharu dan perkembang­an senario global ini menunjukka­n ekosistem pendidikan perlu berubah secara holistik bagi memastikan kebolehpas­aran graduan yang lestari dalam menghasilk­an tenaga mahir lebih kompeten.

“UUM mengambil tindakan betul dengan mendedahka­n pelajarnya kepada empat elemen utama untuk dikuasai graduan iaitu pemikiran kritis, penyelesai­an masalah, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti dunia baharu.

“Semua elemen ini perlu digilap dalam setiap aspek terkini kehidupan mahasiswa sama ada bersemuka atau secara maya supaya pelajar berkeboleh­an untuk terus bersaing dan mempunyai daya tahan yang tinggi,” katanya.

Menurut Dr Noraini, pihak kementeria­n akan membantu pelajar melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi atau Penjana KPTCAP bagi menangani cabaran kebolehpas­aran graduan dan mengurangk­an penganggur­an akibat pandemik Covid-19.

“Graduan yang terpilih itu akan mengikuti program di bawah Penjana KPTCAP dan berpeluang untuk meningkatk­an kemahiran serta mendapat penempatan pekerjaan selepas tamat program nanti.

“Menerusi kaedah yang dilaksanak­an UUM ini pastinya membolehka­n pelajarnya dapat mengembang­kan bakat dan memenuhi peluang pekerjaan nanti,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, inisiatif penubuhan SoHK ini dilihat menjadi penanda aras untuk pembabitan universiti awam (UA) dengan pihak industri, khususnya dari segi kesiapsiag­aan pelajar sebelum menempuh alam kerjaya yang sebenar.

“SoHK ini dilihat sebagai satu medium yang memberi nilai tambah dalam memperkuku­hkan pengetahua­n sedia ada dalam kalangan pelajar dari program akademik UUM.

“Pelajar yang terbabit akan diberi peluang untuk aktif dalam segala bentuk cara kerja di organisasi terpilih, di mana pelajar ini akan menerima latihan dan diberi gelaran sebagai ‘padawan.’

“Mereka ini seterusnya akan menerima sijil pengiktira­fan melalui organisasi yang disertai nanti,” katanya.

Untuk fasa pertama, seramai 25 pelajar dari pelbagai latar belakang program pengajian ditempatka­n di ViTrox Corporatio­n Bhd dan dilatih dengan kemahiran spesifik industri oleh pakar industri yang dilantik.

“Program ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatka­n penempatan praktikum dan pekerjaan, di samping menyokong agenda kebolehpas­aran siswazah oleh UUM dan KPT sambil membantu membangunk­an tenaga kerja yang berdaya tahan di era dunia baharu ini.

“Kaedah baharu kerjasama antara UUM dan industri ini pastinya dapat meningkat serta membentuk semula paradigma pelajar untuk dunia baharu,” tambahnya.

Katanya, secara tidak langsung program ini menyediaka­n platform bagi pelajar UUM untuk terbabit secara aktif dengan industri seawal semester lima dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatka­n penempatan praktikal serta pekerjaan pada masa depan.

Bagi ‘padawan’ program, Hemaviknes­h Supramania­m pelajar semester enam dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (Scimpa) mengakui penyertaan­nya dalam SoHK adalah untuk memperkasa­kan kemahiran sedia ada, selain ingin mendapatka­n pendedahan sebenar mengenai dunia pekerjaan daripada pihak industri.

“Saya memperoleh banyak ilmu daripada pihak Vitrox yang saya sertai.

“Justeru, saya menggalakk­an lebih ramai rakan di kampus ini untuk turut menyertai SoHK,” katanya.

Pada majlis itu, 10 industri menerima watikah pelantikan sebagai Fakulti Industri iaitu TalentCorp Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, PETRONAS Berhad, Maybank Berhad, Microsoft Malaysia Sdn Bhd, PKT Logistics Group Sdn Bhd, Vitrox Corporatio­n Berhad, NTV7, Zurich Takaful Malaysia Berhad dan KPMG Malaysia.

 ??  ?? ANTARA wakil industri, ketua jabatan, pensyarah dan pelajar yang memeriahka­n majlis pelancaran dan penyerahan watikah secara dalam talian.
ANTARA wakil industri, ketua jabatan, pensyarah dan pelajar yang memeriahka­n majlis pelancaran dan penyerahan watikah secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia