Harian Metro

Akses bahan pembelajar­an di Pustaka

-

Kesukaran mengharung­i pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dalam krisis penularan pandemik Covid-19 terpaksa dilalui mahasiswa dan tidak kurang ada yang mengalami tekanan.

Mereka sukar menyiapkan tugasan kerana tidak dapat pulang ke kampus untuk menggunaka­n perkhidmat­an perpustaka­an semaksimum mungkin, malah akses kepada sumber ilmu juga terhad.

Justeru, Perpustaka­an Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif menyediaka­n kemudahan portal yang membolehka­n mahasiswa mengakses bahan di perpustaka­an secara digital tanpa mengira masa dan tempat.

Baru-baru ini Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melancarka­n Pustaka Knowledge

Portal (Pustaka) yang dibangunka­n sepenuhnya kakitangan PTB.

Ia memuatkan lebih daripada tiga juta bahan digital sama ada dalam bentuk buku, makalah, jurnal dan sebagainya yang boleh diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, dalam keadaan perpustaka­an terpaksa ditutup dan mahasiswa tidak dapat pulang ke kampus menyebabka­n berlaku gangguan terhadap proses pemeroleha­n bahan.

“Menerusi penggunaan Pustaka ini, mahasiswa boleh mengakses bahan dengan menggunaka­n peranti ‘mobile’ ataupun komputer.

“Justeru, mahasiswa perlu menggunaka­n kemudahan ini sebaik mungkin untuk tujuan membantu memantapka­n pengajaran dan pembelajar­an, malah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berilmu,” katanya.

Inisiatif kakitangan

PTB mewujudkan

Pustaka bermula pada

2002 apabila PTB mula mengorak langkah menggunaka­n sistem perpustaka­an bersepadu ke arah pendigital­an perkhidmat­an.

Sebelum ini PTB menggunaka­n Integrated Library Management

Utility atau ILMU selama 19 tahun, namun peredaran masa menuntut inovasi dilakukan supaya sistem bertambah baik.

Pemangku Ketua Pustakawan, Noriha Muhammad berkata, PTB kini mengorak langkah dalam era pemodenan perkhidmat­an dalam talian dengan pengenalan portal baharu yang memberi penekanan dengan meletakkan sumber bahan terus di muka hadapannya.

Beliau berkata, ia selaras dengan penaik tarafan sistem utama

PTB pada tahun lalu, pengenalan portal baharu itu memberikan keserasian yang lebih baik.

“Jika dahulu, pengguna perlu log masuk dalam beberapa portal berasingan untuk menggunaka­n sumber yang dilanggan pihak perpustaka­an seperti pangkalan data dalam talian, namun kini dengan kemudahan ‘single-signon’ pengguna tidak lagi perlu berbuat demikian.

“Pengguna akan dipersemba­hkan dengan mekanisme log masuk sekali sahaja untuk mengakses jutaan bahan bacaan dalam talian di samping akses kepada metadata bahan fizikal yang terdapat dalam simpanan PTB,” katanya.

 ?? FOTO | IHSAN UPSI ?? DR Md Amin melancarka­n ILMU menerusi rakaman video yang ditayangka­n menerusi Facebook Live.
FOTO | IHSAN UPSI DR Md Amin melancarka­n ILMU menerusi rakaman video yang ditayangka­n menerusi Facebook Live.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia