Harian Metro

KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK

Masalah atau desakan keluarga, ruang yang terhad dorong tekanan pada mereka

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 yang menular di negara ini sejak tahun lalu memberi kesan kepada ramai pihak termasuk kanak-kanak.

Antara impak yang paling dibimbangi terhadap kanak-kanak adalah tahap kesihatan mental mereka.

Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah untuk berdepan isu kesihatan mental kerana masih mentah untuk menangani tekanan yang dihadapi mereka.

Tanpa disedari, ibu bapa yang bekerja dari rumah antara punca berlaku tekanan dalam kalangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa tekanan yang dihadapi kanak-kanak ketika pandemik ini termasuk masalah keluarga, desakan keluarga dan ruang yang terhad.

Lebih membimbang­kan sekiranya gejala kesihatan mental yang tidak ditangani dengan baik boleh memberi kesan lebih serius untuk jangka panjang.

Pensyarah Kanan dan Pakar Psikologi KanakKanak Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Noor Aishah Rosli berkata, ketika pandemik ini, hampir sepanjang hari kanakkanak perlu berada di rumah bersama-sama ibu bapa dan adik-beradik lain.

“Mereka yang tinggal di rumah kecil mempunyai ruang yang terhad sehingga memberi kesan kepada kanak-kanak.

“Keadaan ini membuatkan kanak-kanak menjadi tidak selesa, sekali gus boleh mengganggu emosi dan memberi tekanan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selain itu kanak-kanak yang perlu berdepan norma baharu belajar secara dalam talian di rumah turut berdepan tekanan daripada ibu bapa.

“Kadangkala ada segelintir ibu bapa yang tanpa sedar memberi tekanan dan memaksa anak ketika sesi pembelajar­an berjalan di rumah mengakibat­kan anak tertekan pada usia yang masih muda.

“Ramai terlupa kemampuan anak, kesannya nanti anak akan menjadi malu, teragak-agak dan waswas apabila bersekolah nanti,” katanya.

Jelasnya, konflik membabitka­n ibu bapa di rumah juga boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak.

“Tanpa disedari keadaan ini boleh mengubah tingkah laku anak-anak menjadi kemurungan dan menjadi pemarah,” katanya.

Dr Noor Aishah berkata, ibu bapa perlu sentiasa tenang dalam berdepan segala masalah akibat pandemik ini untuk elakkan kesannya kepada anak-anak.

“Kanak-kanak mempunyai kognitif yang terhad, jadi mereka lebih mudah berdepan gangguan mental apabila berdepan tekanan berbanding orang dewasa.

“Apabila ibu bapa cepat melenting, marah dan mengamuk, kanakkanak akan meniru tingkah laku terbabit,” katanya.

Tambahnya, gangguan mental yang tidak dirawat boleh memberi kesan untuk jangka panjang termasuk hilang percaya kepada diri sendiri.

“Mereka juga secara perlahan-lahan akan resah gelisah, serangan panik, berdebar dan paling ditakuti adalah kemurungan sehingga mula fikir untuk membunuh diri.

“Perlu diingat bahawa individu yang membunuh diri sebenarnya mempunyai sejarah berdepan gangguan mental sejak kecil yang tidak dirawat,” katanya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau perubahan tingkah laku dan emosi anak-anak.

“Sekiranya sebelum ini anak nampak ceria dan tiba-tiba menjadi pendiam, suka menyendiri dan nampak sedih, itu salah satu kanak-kanak sedang tertekan.

“Ibu bapa perlu bercakap dengan mereka untuk kenal pasti punca masalah. Sekiranya anak enggan bercerita segera dapatkan bantuan pakar sebelum keadaan menjadi lebih serius,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitar­an yang baik untuk anak-anak.

“Ambil peluang ketika pandemik ini untuk mengeratka­n hubungan dengan anak-anak, sekali gus membina keluarga yang dinamik. Saya percaya selepas keadaan menjadi normal, anda akan merindui situasi ini.

“Sekiranya anak berdepan masalah gangguan mental, jangan ambil mudah dan dapatkan bantuan pakar untuk rawatan yang lebih sesuai,” katanya.

Kanak-kanak mempunyai kognitif yang terhad, jadi mereka lebih mudah berdepan gangguan mental apabila berdepan tekanan berbanding orang dewasa

DR NOOR AISHAH

 ?? FOTO IHSAN DR NOOR AISHAH ROSLI & SUMBER GOOGLE ?? KANAK-kanak lebih mudah mengalami gangguan mental.
FOTO IHSAN DR NOOR AISHAH ROSLI & SUMBER GOOGLE KANAK-kanak lebih mudah mengalami gangguan mental.
 ??  ?? IBU bapa perlu dekati anak yang mengalami perubahan.
IBU bapa perlu dekati anak yang mengalami perubahan.
 ??  ?? GANGGUAN mental boleh beri kesan ketika dewasa.
GANGGUAN mental boleh beri kesan ketika dewasa.
 ??  ?? IBU bapa yang sering tertekan boleh memberi kesan kepada anak-anak.
IBU bapa yang sering tertekan boleh memberi kesan kepada anak-anak.
 ??  ?? JADI ibu bapa yang tenang.
JADI ibu bapa yang tenang.
 ??  ?? JANGKAAN terlalu tinggi menyebabka­n anak tertekan.
JANGKAAN terlalu tinggi menyebabka­n anak tertekan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia