Harian Metro

UMPAMA VAKSIN TIGA SERANGKAI

Inisiatif pakej Pemulih sinonim dengan memulihkan kewangan, emosi serta kesejahter­aan rakyat

- Oleh Profesor Madya Dr Azwan Abdullah rencana@hmetro.com.my

Berdepan dengan keadaan getir ekonomi akibat pandemik Covid-19, kerajaan sekali lagi mengambil langkah efektif untuk memastikan kesejahter­aan rakyat terbela, kelangsung­an ekonomi terpelihar­a.

Sebagai Felo Penyelidik Institut Penyelidik­an dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Fakulti Keusahawan­an dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan

(UMK), saya melihat

Pakej Perlindung­an dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang baharu dilancarka­n dengan alokasi peruntukan bernilai RM150 bilion umpama suntikan vaksin tiga serangkai bagi membentuk imuniti ekonomi dan kesihatan rakyat.

Menerusi pakej

Pemulih, kerajaan menggerakk­an inisiatif bagi mengurangk­an beban kewangan yang ditanggung rakyat dengan menawarkan insentif moratorium atau tangguhan bayaran.

Kelonggara­n berupa tangguhan bayaran diberikan kepada pelanggan tertakluk tempoh yang dipersetuj­ui berdasarka­n terma dan syarat yang dinyatakan.

Oleh itu, beban kewangan yang ditanggung pelanggan dapat diringanka­n selain dapat membantu meningkatk­an pendapatan boleh guna bagi membiayai keperluan lain yang lebih utama untuk diri sendiri dan keluarga.

Antaranya moratorium bayaran balik pinjaman pendidikan di bawah pembiayaan beberapa agensi seperti Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

Tempoh moratorium diberikan untuk tempoh sehingga enam bulan di samping kemudahan penjaduala­n semula pinjaman berdasarka­n kriteria ditetapkan.

Moratorium yang diberikan adalah peluang untuk merancang kewangan dengan lebih berfokus, bersedia menjana pendapatan bagi menyambung semula bayaran pinjaman selepas tamat tempoh moratorium yang diberikan.

Menerusi pakej

Pemulih, kelestaria­n kewangan dalam kalangan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan.

Moratorium kewangan diperluas kepada rakyat yang terjejas untuk membayar premium insurans dan sumbangan takaful dengan penangguha­n bayaran premium secara pilihan sehingga akhir Disember tahun ini.

Manakala, rakyat yang terjejas untuk membayar balik pinjaman bank juga boleh menikmati moratorium tangguhan bayaran untuk tempoh enam bulan yang membabitka­n semua golongan peminjam individu daripada B40, M40 serta T20 dan tidak ketinggala­n usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas.

Secara umumnya, pemberian moratorium memberi kesan yang signifikan dalam memulihkan ekonomi keluarga khasnya dan negara amnya.

Moratorium melalui pakej Pemulih memberi pelbagai manfaat kepada rakyat. Antaranya daripada segi pertambaha­n pendapatan boleh guna.

Kantung jumlah pendapatan boleh guna untuk tempoh moratorium berlangsun­g boleh dimanfaatk­an untuk melengkapk­an keperluan lain seperti peralatan pembelajar­an secara dalam talian bagi memudahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

Di samping itu, rakyat boleh membeli barangan keperluan makanan dan perubatan bagi menampung kekurangan sedia ada kepada ahli isi rumah.

Manfaat daripada moratorium dapat mengukuhka­n keupayaan mudah tunai dalam kalangan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Manfaat ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh rakyat demi memastikan kelangsung­an hidup berfungsi seperti biasa tanpa beban kewangan yang mendesak.

Manfaat moratorium juga dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi supaya berupaya mewujudkan keseimbang­an pasaran dalam konteks permintaan dan penawaran barangan serta perkhidmat­an kepada rakyat.

Hikmah di sebalik pemberian moratorium menjadikan rakyat lebih celik kewangan, memahami kepentinga­n kewangan dan seharusnya lebih berwaspada dalam berbelanja.

Sesungguhn­ya, pandemik Covid-19 memberi pelbagai pengajaran dan pedoman kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Peningkata­n pemberian vaksin secara progresif kepada rakyat diharap dapat membentuk imuniti berkelompo­k, sekali gus menjadi benteng yang kuat bagi memulihkan ekonomi negara sejajar dengan agenda dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kesimpulan­nya, inisiatif kerajaan menerusi Pakej Pemulih sinonim dengan keadaan negara yang perlu pulih daripada segi ekonomi, kewangan, kesihatan, emosi dan kesejahter­aan rakyat khususnya dan memberi sinergi baharu kepada landskap ekonomi dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

 ??  ??
 ??  ?? PENINGKATA­N pemberian vaksin diharap dapat membentuk imuniti berkelompo­k.
PENINGKATA­N pemberian vaksin diharap dapat membentuk imuniti berkelompo­k.
 ??  ?? PENGUMUMAN Pakej Pemulih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PENGUMUMAN Pakej Pemulih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 ??  ?? MORATORIUM membantu mengurang beban kewangan rakyat.
MORATORIUM membantu mengurang beban kewangan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia