Harian Metro

Tropicana ikrar sokongan kepada Program Vaksinasi Selangor

-

DALAM usaha melandaika­n lengkungan wabak Covid-19, pemaju hartanah terkemuka Tropicana Corporatio­n Berhad (Tropicana) mengikrark­an sokongan mereka ke arah menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19. Kini, Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall di Kota Damansara menjadi salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbesar bagi menganjurk­an Program Vaksin Selangor (SelVax).

SelVax dikendalik­an secara bersama oleh Selgate Healthcare, sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor, dan ProtectHea­lth, sebuah subsidiari bukan keuntungan di bawah Kementeria­n Kesihatan.

Pengarah Urusan Tropicana,

Dion Tan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Tropicana, Jared Ethan Ang mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas sokongan kukuh beliau serta bersetuju bahawa semangat positif ini akan menyemarak­kan semula kesejahter­aan negara dan sektor ekonomi.

“Kita meletakkan fokus tinggi dalam mempercepa­tkan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 bagi memastikan semua rakyat menerima suntikan vaksin Covid-19. Oleh itu, kami bertindak pantas terhadap inisiatif membangunk­an komuniti berkelompo­k, kepimpinan kerajaan serta berbangga menjadi sebahagian daripada SelVax,” kata Tan.

“Selama berminggu-minggu, kumpulan kami bekerja tanpa henti bagi memastikan SelVax boleh

dilaksanak­an. Kami telah memperuntu­kkan sebanyak lebih RM1 juta untuk utiliti, operasi, logistik, dan kos tenaga kerja.

“Di samping itu, kami juga telah mengarahka­n semua pasukan kami di seluruh negara untuk mempromosi­kan pelaksanaa­n program vaksinasi ini melalui platform atas talian dan luar talian. Dalam usaha menjadikan Tropicana sebagai lokasi yang kondusif dan selamat untuk didiami, bekerja dan bersantai, kami juga akan melebarkan vaksinasi Covid-19 ke seluruh ekosistem Tropicana. Semua tenaga kerja Tropicana (Tropicana HQ, Tropicana Gardens Mall, Tropicana Golf & Clubhouse, W KL Hotel, Courtyard by Marriott Hotel, dan Property Management) yang belum divaksinas­i akan diserapkan ke dalam program ini. Melaluinya, kami yakin bahawa komuniti Tropicana kami boleh bangkit semula dan selamat kepada semua,” tambah Ang.

Selgate Healthcare Sdn Bhd, iaitu sebuah subsidiari milik Kerajaan Negeri Selangor telah diberi kepercayaa­n untuk melaksanak­an program SelVax. ProtectHea­lth berkata bahawa mereka telah mula melatih semua dan panel klinik bagi keseluruha­n pelan dan proses vaksinasi, terutamany­a yang terletak di negeri Selangor. Melalui program ini, Selgate akan memfokus terhadap sektor ekonomi kritikal di Selangor, iaitu sektorsekt­or yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada masa ini, pendaftara­n dibuka kepada semua syarikat di Malaysia dan mereka boleh mendaftar kakitangan mereka melalui laman web vax.selangkah.my.

Tropicana Gardens Mall disesuaika­n menjadi salah sebuah PPV terbesar bagi SelVax. Terletak di tengah-tengah komuniti sibuk di antara Kota Damansara dan Tropicana Indah, serta terhubung secara strategik dengan stesen MRT Surian, Tropicana Gardens Mall sedia menjadi lokasi vaksinasi pilihan terutamany­a kepada penduduk Petaling Jaya. Kompleks kejiranan sebesar 1 juta kaki persegi ini menempatka­n pusat konvensyen yang luas dengan keluasan 50,000 kaki persegi yang memiliki pelbagai kemudahan terkini serta mampu memuatkan lebih daripada 200,000 pelawat sebulan. Bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada semua, Tropicana Gardens Mall dilengkapi dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya dan warga emas. Untuk maklumat lanjut mengenai kompleks ini, sila layari www.tropicanag­ardensmall. com.my

 ??  ?? Tropicana Gardens Mall disesuaika­n sebagai salah sebuah PPV terbesar untuk SelVax dan Datuk Seri Amirudin Shari melawat pusat tersebut sebagai tanda sokongan beliau.
Tropicana Gardens Mall disesuaika­n sebagai salah sebuah PPV terbesar untuk SelVax dan Datuk Seri Amirudin Shari melawat pusat tersebut sebagai tanda sokongan beliau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia