Harian Metro

21 juta tontonan bukti tarikan Liga M

-

Kuala Lumpur: Penyokong Liga Malaysia melahirkan rasa bangga dengan jumlah tontonan siaran langsung saingan Liga Super 2021 yang berjaya mencatat lebih 21 juta sekali gus mengakui semakin teruja untuk menanti sepak mula pada 24 Julai ini.

Ia memberi isyarat jelas bahawa ramai penyokong masih memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk terus menyaksika­n pasukan kegemaran mereka beraksi di platform yang disediakan iaitu Sports Channel di unifi TV & unifi PlayTV, unifi YouTube dan saluran TV1 RTM ketika mereka tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Menurut penyokong setia Kuala Lumpur City FC, Khairul Nizam Arifin, angka 21 juta penonton itu pastinya bukan hanya hadir dalam kalangan penyokong Malaysia saja, malah turut sama menarik minat penyokong dari luar seperti Indonesia khususnya.

“Saya berpuas hati dengan jumlah yang diumumkan oleh MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kerana ini menunjukka­n ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya mengikuti dan menyokong bola sepak tempatan.

“Jadi, dengan angka yang kita ada ini membuktika­n Liga Malaysia ini mempunyai nilai tinggi dan tidak pernah hilang kerancakan­nya,” katanya.

Bagi penyokong Penang FC, Mohd Azhar Nordin pula, dia percaya dengan jumlah tontonan yang ada ini turut sama beri semangat positif kepada pasukan bagi membuktika­n sokongan penyokong sentiasa ada di belakang mereka walaupun tidak berada di stadium.

“Boleh dikatakan semua penyokong tidak sabar lagi untuk menantikan Liga Malaysia bersambung kerana sudah lama berehat dan sekarang pun kita masih dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi tidak la rasa bosan sangat bila dapat tengok bola,” katanya.

Sementara itu, Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid pula tetap berharap khabar gembira akan diterima agar penyokong yang sudah divaksin dibenarkan untuk hadir ke stadium semula bagi menyaksika­n perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia