Harian Metro

Welson mahu tebus kegagalan

-

Kuala Lumpur: Perenang negara, Welson Sim mencetuska­n fenomena dalam sukan renang apabila menjadi atlet negara yang pertama layak ke temasya Olimpik lima tahun lalu bagi kategori A.

Namun usia muda nyata tidak mampu untuk membawanya melepasi pusingan kelayakan ketika beraksi di Rio.

Dia diharapkan dapat melupakan segala kekecewaan untuk bangkit menebus kegagalan di Rio pada penampilan kedua di Tokyo kelak.Kejayaanny­a menewaskan juara dunia dan meraih pingat emas pada Kejohanan Renang Terbuka Victoria, yang berlangsun­g di Melbourne, Australia pada 2019 menjadi titik tolak kebangkita­n perenang Sarawak itu.

Welson, 23, anak kelahiran Kuching, menewaskan juara bertahan yang juga juara Olimpik Rio 2016, Mack Horton dalam acara 200m.

Ketika di Rio, dia menyertai tiga acara, 200m, 400m dan 1500m gaya bebas lelaki dan kali ini di Tokyo dia akan beraksi dalam acara 200m dan 400m gaya bebas.

Selain Welson turut layak beraksi di Tokyo adalah Phee Jinq En yang juga membuat penampilan kedua di Olimpik selepas beraksi dalam acara 100m kuak dada wanita lima tahun lalu di Rio.

Bagi jurulatih negara, Chris Martin, beliau mahu anak didiknya itu melupakan kekecewaan di Rio dan bangkit dengan keputusan lebih baik di Tokyo.

“Saya kagum dengan kemampuan dan semangat mereka. Dengan semangat yang ditunjukka­n, saya yakin mereka mampu untuk mencipta rekod baharu kebangsaan.

“Kedua-dua begitu komited dalam latihan dan bersemanga­t dalam apa yang mereka lakukan dan setakat ini, mereka sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Welson adalah pemegang rekod kebangsaan bagi 200m gaya bebas lelaki dengan catatan 1:47.36 saat (s) di Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur dan 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3:49.29s yang dicatat di Kejohanan NSW State 2019 di Sydney, Australia.

Manakala Jinq En, yang memegang rekod kebangsaan bagi acara 100m kuak dada dengan catatan masa 1.08.50s di Sukan Sea 2019 di Manila, memasang impian untuk memadam rekod 13 tahun bagi acara 200m kuak dada dengan catatan 2:27.80s yang dilakar oleh Siow Yi Ting di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia