Harian Metro

Atlet positif Covid-19 perlu ikut SOP MOM

-

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah menetapkan garis panduan buat atlet negara sekiranya terdapat daripada mereka yang dijangkiti Covid-19.

Pengarah kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, prosedur itu sudah dimaklumka­n kepada semua yang terbabit dan atlet badminton khasnya diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Biarpun mengakui ada rasa sedikit bimbang keadaan semasa di Tokyo dan terbaru dua atlet disahkan positif di Perkampung­an Sukan, Chong Hann berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an bersama MOM berhubung perkara yang perlu dilakukan apabila tiba di Jepun hingga ke Perkampung­an Sukan.

“Semua atlet dan pegawai akan mengawal pergerakan terutama ketika berada di Perkampung­an Sukan.

“Mereka juga diingatkan untuk berwaspada terutama ketika menggunaka­n kemudahan di situ. Jika ada pegawai atau pemain yang positif, kami akan mengikut SOP ditetapkan MOM,” katanya.

Terdahulu dua atlet diuji positif Covid-19 di Perkampung­an Sukan Olimpik, hanya beberapa hari sebelum temasya Tokyo 2020 membuka tirainya.

Sementara itu, perseorang­an badminton negara, Lee Zii Jia berkata, apa yang penting adalah menjaga diri sendiri dan mengikut SOP ditetapkan.

Katanya, atlet negara perlu mengelak makan di kawasan terbuka seperti di kantin atau sebagainya.

“Kami atlet badminton memang sudah biasa dengan SOP ketat jadi memang tiada masalah jika perkara sama digunakan di Tokyo nanti.

“Saya sendiri akan menjaga diri sendiri agar terhindar daripada sebarang bahaya jangkitan. Sebab memang kita dah tahu sekarang ini di Perkampung­an Sukan pun sudah ada kes,” katanya.

 ??  ?? CHOONG Hann
CHOONG Hann
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia