Harian Metro

Laluan getir menanti Farah

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Cabaran yang akan diterima oleh gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi di temasya Olimpik Tokyo 2020 memang diketahui tidak mudah.

Malah untuk menjelmaka­n pingat emas juga tampak sukar buat bintang negara itu dengan kehadiran gimnas pemenang empat pingat emas Sukan Olimpik dari Amerika Syarikat, Simone Biles dan Sunisa Lee.

Bukan itu saja, kemampuan atlet China, Rusia juga menyaksika­n peluang buat Farah merangkul pingat agak tipis.

Tapi bagi jurulatihn­ya, Nataliya Sinkova berkata, sedari awal memang tiada sasaran diletakkan kepada Farah terutama ketika kekangan dengan kekurangan pertanding­an menyebabka­n langkah gimnas negara itu sedikit terbantut.

Namun kejayaan Farah, 27, melayakkan ke Olimpik itu dilihat satu pencapaian terbaik buat skuad gimnastik negara terutama selepas 16 tahun.

“Olimpik adalah sasaran buat semua atlet dan kejayaan melayakkan diri ke temasya itu cukup besar dan bermakna buatnya.

“Saya tahu harapan yang diletakkan kepadanya cukup tinggi tapi kami hanya mahu memberi yang terbaik dan melakukan setiap rutin dengan sempurna tanpa melakukan kesilapan.

“Kita juga mengetahui bahawa cabaran yang menanti Farah tidak mudah. Dia akan berdepan dengan nama-nama besar seperti Biles. Jadi, apa yang penting sekarang ini adalah fokus,” katanya.

Selain Farah turut layak beraksi di Tokyo adalah seorang lagi gimnas lelaki negara, Jeremiah Loo.

Kali terakhir Malaysia menghantar wakil ke temasya terbesar itu adalah menerusi Au Li Yen pada 2000 (Sydney) dan Ng Shu Wai pada 2004 (Athens).

 ??  ?? FARAH bakal berdepan saingan Biles dan Sunisa Lee di Olimpik Tokyo.
FARAH bakal berdepan saingan Biles dan Sunisa Lee di Olimpik Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia