Harian Metro

TONIK BURU EMAS

Azizul teruja dianugerah­kan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu menjelang Olimpik Tokyo

- Oleh Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

"Sudah pasti gelaran ini menyuntik lagi semangat saya untuk merealisas­ikan impian negara memburu pingat emas pertama dalam temasya terbesar dunia itu," kata jaguh berbasikal sensasi negara, Azizulhasn­i Awang yang dianugerah­kan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran Datuk, semalam. Beliau bakal turun ke gelanggang Sukan Olimpik Tokyo dalam acara pecut pada 4, 5 dan 6 Ogos diikuti acara keirin pada 7 dan 8 Ogos, lapor Malik Muhamad.

“Terus terang saya terkejut mendengar berita ini, pada mulanya saya tidak percaya malah menyangka ia sebagai gurauan daripada rakan-rakan dan sahabat media kerana berbaki seminggu lagi sebelum saya bertolak ke Jepun,” kata pelumba berbasikal sensasi negara, Azizulhasn­i Awang yang dianugerah­kan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran Datuk, semalam.

Beliau menganggap ia suntikan moral terbaik sebelum memulakan kayuhan dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hujung bulan ini.

Pelumba kelahiran Dungun berusia 33 tahun itu berkata, anugerah itu di luar jangkaanny­a selain tidak pernah bermimpi untuk mendapatka­n gelaran itu.

Namun Azizulhasn­i yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ dan bakal berangkat ke Tokyo pada 25 Julai ini menyifatka­n anugerah itu satu pengiktira­fan tertinggi buatnya selepas lebih 15 tahun terbabit dalam sukan berbasikal.

“Pertamanya rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), serta semua orang kuat yang berada di depan dan belakang tabir termasuk pihak media yang menyokong sejak awal pembabitan saya dalam sukan berbasikal ini.

“Tambahan pula saya adalah atlet Olimpik pertama kelahiran Terengganu yang mendapat gelaran itu sudah pasti begitu gembira dan rasa bertuah.

“Namun selepas diyakinkan beberapa pihak saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama Sultan Terengganu selain tidak menyangka gelaran itu adalah betul berlaku dan bukannya gurauan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizulhasn­i yang bakal turun ke gelanggang dalam acara pecut pada 4,5 dan 6 Ogos dan diikuti acara keirin pada 7 dan 8 Ogos menyifatka­n gelaran itu mampu membakar semangatny­a untuk memburu pingat emas pertama buat negara dalam sejarah.

“Sudah pasti gelaran itu menyuntik lagi semangat saya untuk merealisas­ikan impian negara memburu pingat emas pertama dalam temasya terbesar dunia itu.

“Namun saya memohon doa daripada seluruh peminat negara agar saya mampu beraksi dengan baik sambil mendoakan seluruh kontinjen negara bebas daripada sebarang masalah termasuk wabak pandemik Covid-19 yang sudah tentu dibimbangi semua,” katanya.

Menerusi kenyataan media dikeluarka­n Pejabat Sultan Terengganu semalam, pelumba yang pernah meraih pingat gangsa dalam acara keirin pada temasya

Sukan Olimpik

Rio 2016 itu tersenarai antara 10 penerima Darjah Kebesaran

Datuk Paduka

Mahkota Terengganu

(DPMT) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Dewan Pangkuan

Diraja Terengganu, Datuk Isa @

Ghazali Endut berkata, pengurniaa­n Bintang-Bintang

Darjah Kebesaran

Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai, semalam.

“Sudah pasti gelaran itu menyuntik lagi semangat saya Azizulhasn­i

 ??  ?? GELARAN DATUK BAKAR SEMANGAT AZIZUL
GELARAN DATUK BAKAR SEMANGAT AZIZUL
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia