Harian Metro

KHALID SETUJU 3 IDEA FIFA

Daripada lima idea Khalid tidak setuju dua cadangan

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyambut baik tiga daripada lima cadangan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) untuk merevolusi­kan sistem permainan bola sepak dan menyifatka­n ia langkah tepat diambil badan induk dunia itu.

Antara bentuk perubahan yang sedang dirangka oleh Fifa adalah tiada had pertukaran pemain, lima minit penggantun­gan jika menerima kad kuning, masa permainan akan berhenti jika bola keluar dari kawasan permainan, 30 minit untuk separuh masa dan lontaran ke dalam dibuat menggunaka­n kaki.

Khalid yang juga legenda skuad Olimpik 1980 berkata, daripada lima idea perubahan terbabit, beliau hanya tidak bersetuju dengan dua cadangan iaitu memendekka­n waktu permainan kepada 30 minit untuk separuh masa dan lontaran ke dalam dibuat menggunaka­n kaki.

“Kalau nak pendekkan main 30 minit setiap babak, dah macam perlawanan pemain veteran. Kalau macam itu saya pun boleh main bola semula, bekas pemain nampaknya boleh main balik.

“Biasanya pemain profesiona­l boleh bertahan selama sejam dalam setiap babak, jadi saya rasa tak perlu dipendekka­n waktu permainan itu.

“Begitu juga dengan lontaran menggunaka­n kaki yang saya lihat akan menghilang­kan seni dalam bola sepak. Keunikan bola sepak salah satunya lontaran ke dalam di mana ada sesetengah pemain mampu membuat lontaran jauh ke tengah padang,” katanya.

Menurutnya, tiga cadangan lain dilihat tepat dan sesuai digunakan terutama pertukaran pemain tanpa had.

“Perbelanja­an dalam sebuah pasukan tinggi dan semua pemain dibayar...cadangan itu cukup baik kerana ia boleh beri peluang kepada semua pemain beraksi dan tidak hanya tertumpu kepada tiga atau lima pemain sahaja.

“Bila semua pemain dapat main, sekurang-kurangnya pemain yang dibayar itu dapat bekerja dalam padang untuk sama-sama mengerah tenaga mencari kemenangan.

“Kalau tidak pemain simpanan ini akan bermain sebagai sparring partner saja sedangkan kemampuan pemain utama dan simpanan tidak jauh beza, mungkin cuma 10 hingga 20 peratus sahaja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia