Harian Metro

Cedera kemalangan menguji takdir

-

Wanita dakwa tekan pedal minyak kereta uji ‘takdir ditetapkan tuhan’

Columbus: Seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat cedera dalam kemalangan selepas dia memohon supaya ‘tuhan’ mengawal kenderaann­ya.

Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi ‘menguji’ takdir hidupnya ketika kereta itu dipandu pada kelajuan 193 kilometer sejam.

Portal Oddity Central melaporkan, pihak berkuasa berkata, kereta itu dipandu wanita berusia 31 tahun bersama anak perempuann­ya berusia 11 tahun.

Kejadian berlaku pada tengah malam di Beachwood, 15 Jun lalu.

Imej rakaman kamera litar tertutup menunjukka­n wanita berkenaan tidak menghirauk­an lampu isyarat merah dan terus memandu keretanya sebelum kenderaan itu melanggar tiang dan dua kenderaan lain.

Pelanggara­n kuat itu menyebabka­n kereta berkenaan terhenti di depan sebuah rumah di jalan berkenaan.

Bagaimanap­un, dia dan anak perempuan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketika disoal siasat, polis terkejut apabila wanita itu mendakwa berbuat demikian kerana mahu ‘membiarkan Tuhan mengawal kereta.’

Dia kehilangan kerja baru-baru ini dan mengalami pelbagai tekanan untuk meneruskan hidup.

Namun, dia hilang pertimbang­an dengan menekan pedal minyak kereta untuk menguji ‘takdir yang ditetapkan tuhan.’

Selepas mendengar penjelasan pelik wanita itu kemudian dibawa ke hospital tempatan untuk ujian dadah dan alkohol, namun keputusann­ya adalah negatif.

Wanita itu juga tidak mengalami sebaran sejarah masalah mental sebelum ini.

Dia memberitah­u polis hanya minum segelas wain tujuh jam sebelum kejadian.

Namun tiada sebarang kandungan alkohol dikesan dalam ujian yang dilakukan terhadapny­a dan dia kini dituduh atas kesalahan serangan jenayah dan mendatangk­an bahaya pada kanak-kanak.

 ??  ?? KERETA dipandu wanita terbabit melanggar kenderaan lain.
KERETA dipandu wanita terbabit melanggar kenderaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia