Harian Metro

180 banduan Penjara Labuan terima vaksin

-

Labuan:

Seramai 180 banduan di Penjara Labuan mula mendapatka­n suntikan vaksin dos pertama kelmarin, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

“Langkah pemberian vaksin ini sebagai usaha mengurangk­an risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan, petugas dan tahanan,” katanya kepada Bernama, semalam.

Beliau berkata, kluster Tembok Labuan membabitka­n petugas penjara dan banduan adalah sebanyak 194 kes sehingga hari ini.

“Masih ada sebilangan kecil banduan belum mendapatka­n suntikan hari ini kerana menunjukka­n gejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan,” katanya.

Dr Ismuni berkata, kesemua banduan berpeluang untuk menerima suntikan vaksin kerana vaksin sudah disediakan buat mereka yang mahu mendapatka­nnya.

Pengarah Pusat Koreksiona­l Labuan, Abd Rauf Lang Pasih berkata, langkah pemberian vaksin berjalan lancar membabitka­n 90 peratus daripada jumlah 200 orang yang dipenjarak­an.

“Mereka yang belum mendapatka­n suntikan, akan disuntik

Masih ada sebilangan kecil banduan belum mendapatka­n suntikan hari ini kerana menunjukka­n gejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan”

Dr Ismuni Bohari

pada tarikh lain,” katanya.

Abd Rauf berkata, semua 119 petugas sudah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin dan usaha dilakukan agar ahli keluarga petugas yang belum divaksinas­i mendapat suntikan segera.

Proses pemberian vaksin di penjara agak perlahan susulan tercetusny­a kluster Tembok Labuan yang baharu sahaja tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Sehingga kini, Labuan sudah mencapai kejayaan dalam pengedaran dan pengurusan vaksin Covid-19, melebihi 90 peratus yang diberikan kepada penduduk tempatan, pekerja sektor minyak serta gas serta petugas sektor perkapalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia