Harian Metro

10,972 kes baharu, 129 kematian dicatat

-

Sejumlah 10,972 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam menjadikan keseluruha­n kes positif yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 927,533 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10,972 kes harian itu, sebanyak 26 kes (0.2 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan 42 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

“Manakala 103 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,464 kes (40.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,337 kes (57.8 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruha­nnya hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini (semalam) berada pada kategori 3, 4 dan 5,” katanya.

Beliau berkata, Selangor mencatatka­n kes tertinggi dengan 4,404 kes diikuti Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705) dan Kuala Lumpur (609).

“Sabah pula merekodkan 651 kes baharu, Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170), Terengganu (144), Putrajaya (48), Labuan (24) dan Perlis (1),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 915 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 435 daripadany­a memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sebanyak 129 kes kematian dilaporkan membabitka­n 61 kes di Selangor, 14 kes di Kedah, 11 kes di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, masing-masing 10 kes di Negeri Sembilan dan Melaka, sembilan kes di Johor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Terengganu, masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang dan Perak serta masing-masing satu kes di Kelantan serta Labuan.

“Berdasarka­n data terkini pada 18 Julai, nilai RT (kadar kebolehjan­gkitanan) Malaysia adalah sebanyak 1.15. Negeri yang mencatatka­n nilai RT tertinggi adalah Terengganu dengan 1.27,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia