Harian Metro

Jamin lembu korban bebas penyakit LSD

-

Bagan Serai: Kerajaan negeri memberi jaminan lembu yang akan dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha hari ini bebas penyakit kulit kental berbonjol (LSD).

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Makanan, Razman Zakaria berkata, setiap lembu yang akan dijadikan korban diperiksa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

Menurutnya, setakat ini pihaknya tidak mengesan lembu yang dikhaskan untuk ibadah korban berisiko mengalami penyakit LSD.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana JPV tidak sewenang-wenangnya membenarka­n lembu yang dijangkiti penyakit itu dibawa masuk ke negeri ini untuk dijadikan korban.

“Hanya lembu yang melalui pemeriksaa­n dan mempunyai surat dari JPV dibenarkan manakala yang mempunyai simptom penyakit LSD akan diasingkan dan dikuaranti­n,” katanya ditemui media selepas mengadakan lawatan di Pasar Segar Terkawal (PST) di Dewan Surau Al Faizin, Taman Serai Permai di sini, semalam.

Katanya, baru-baru ini JPV Kedah menjangkak­an kira-kira 17,000 lembu dan kerbau ternakan di negeri itu berisiko dijangkiti penyakit LSD namun di Perak tiada kes seperti itu dilaporkan. Sementara itu, Razman menegaskan kewujudan PST yang dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) berjaya membantu nasib pengusaha produk pertanian memasarkan hasil tanaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disamping dapat mengatasi masalah lambakan.

Menurutnya di Perak terdapat 11 lokasi PST dan purata jualan hasil jualan keseluruha­n setiap bulan adalah hampir RM 500,000.

“Melihat sambutan yang menggalakk­an Fama bercadang untuk menambahka­n lagi PST seperti ini namun kekurangan premis kekal,” katanya.

Hanya lembu yang mempunyai surat dari JPV dibenarkan Razman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia