Harian Metro

829 MANGSA EKSPLOITAS­I DISELAMATK­AN

PDRM terus komited banteras jenayah pemerdagan­gan orang

- Bernama

Sebanyak 829 orang dipercayai mangsa pemerdagan­gan orang diselamatk­an dalam 190 serbuan polis di seluruh negara dalam tempoh Januari tahun lalu hingga Mei tahun ini dan memperoleh Perintah Perlindung­an Sementara (IPO).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, 74 orang sudah mendapat Perintah Perlindung­an (PO) tahun lalu manakala 65 orang memperoleh­nya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Sebanyak 599 orang diselamatk­an hasil 146 serbuan tahun lalu manakala 230 orang diselamatk­an dalam 44 serbuan dari Januari hingga Mei tahun ini.

“Sebanyak 243 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pemerdanga­n orang sepanjang tahun lalu manakala 110 orang ditahan tahun ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, jenayah pemerdagan­gan orang adalah jenayah rentas sempadan yang menjadi isu global dan polis serius dalam membantera­s jenayah itu.

“Antaranya bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu dalam penyaluran maklumat dan mewujudkan kesedaran awam berhubung jenayah pemerdagan­gan orang dan penyeludup­an migran.

“(Selain itu), pelbagai program tahunan termasuk kursus, latihan dalam perkhidmat­an, seminar dan bengkel dijalankan sama ada anjuran dalaman atau kerjasama dengan agensi atau pertubuhan luar,” katanya.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan meningkatk­an pengetahua­n, kePolis mahiran dan kepakaran pegawai terutama dalam kalangan agensi penguatkua­saan dan pendakwaan bagi memerangi jenayah itu.

Abd Jalil berkata, Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membantera­s jenayah pemerda- gangan orang terutamany­a buruh paksa dengan tindakan yang berterusan.

“Merujuk kepada statistik sepanjang tamenjalan­kan hun lalu, PDRM 62 serbuan terhadap jenayah eksploitas­i buruh paksa dan bagi tahun ini sehingga bulan Mei, sebanyak 25 serbuan dijalankan. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia, Filipina dan India,” katanya.

“599 orang diselamatk­an hasil 146 serbuan tahun lalu Abd Jalil

 ??  ?? SERAMAI 243 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pemerdagan­gan orang sepanjang tahun lalu.
SERAMAI 243 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pemerdagan­gan orang sepanjang tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia