Harian Metro

Bakar selepas gagal mencuri

-

Melaka: Berang tidak dapat mencuri barangan berharga, seorang lelaki dipercayai bertindak membakar kerusi dan meja Pejabat Pos Selandar, Jasin yang dipecah masuk, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, laporan membabitka­n kejadian dibuat seorang lelaki yang juga Pengurus Cawangan Pos Malaysia kira-kira jam 11 malam dengan melaporkan Pejabat Pos Selandar dipecah masuk serta berlaku kebakaran.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kemudian membuat tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun.

“Suspek kemudian ditahan di sebuah rumah di Pekan Selandar tiga jam selepas kejadian.

“Semasa serbuan ke rumah itu polis turut merampas pakaian serta peralatan seperti kuku kambing dan pemetik api dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga pekerja kilang kemudian dibawa balik ke IPD Jasin untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan dijalankan suspek mendakwa dia membakar kerusi dan meja kaunter perkhidmat­an premis itu kerana gagal mendapatka­n barangan berharga.

“Selain ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah. Semakan turut mendapati suspek yang juga pesalah Poca kini dalam tempoh sekatan yang akan berakhir pada September 2022,” katanya.

Mohd Sukri berkata, suspek turut mempunyai 11 rekod lampau iaitu empat berkaitan dadah dan tujuh membabitka­n kes jenayah.

“Suspek kini direman empat hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun sama,” katanya.

11 Jumlah rekod jenayah lampau suspek

 ??  ?? SEORANG lelaki bertindak membakar kerusi dan meja milik Pejabat Pos Cawangan Selandar selepas tidak menjumpai barangan berharga.
SEORANG lelaki bertindak membakar kerusi dan meja milik Pejabat Pos Cawangan Selandar selepas tidak menjumpai barangan berharga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia