Harian Metro

‘Doakan anak sembuh’

Adam yang hidap masalah buah pinggang bocor bergantung hidup kepada 16 jenis ubat

- Oleh Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my

“Hanya mengharapk­an keajaiban Yang Maha Esa dan doa orang ramai buat kesembuhan anak tunggal kami,” kata bapa pesakit buah pinggang bocor, Ahmad Ridzauddin Abu Bakar, 42, di Taman Scientex di Senai di sini, semalam.

Ahmad Ridzauddin berkata, anaknya, Adam Akhtar Mursyid, 9, yang juga pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, dekat sini, disahkan mengalami kebocoran buah pinggang pada 31 Ogos 2018.

Menurutnya, selama lebih tiga tahun, Adam bergantung kepada ubat-ubatan bagi merawat komplikasi dialami sebelum memulakan rawatan hemodialis­is air atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di rumah bermula 1 Februari lalu.

“Fungsi buah pinggang Adam Akhtar Mursyid mulai merosot sejak November tahun lalu. Perut anak saya ditebuk bagi membolehka­nnya menjalani rawatan dialisis CAPD di rumah selama empat kali sehari iaitu setiap enam jam sekali.

“Sebelum ini dia terpaksa duduk di kerusi diletakkan di atas tilam selain kerusi di tepi katil bagi membolehka­n proses dialisis dan ia menimbulka­n kesulitan.

“Bagaimanap­un sejak menerima katil khas disumbangk­an Majlis Agama Islam Johor (Maij), dia lebih selesa dan kami bersyukur dengan keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata, anaknya masih bergantung kepada 16 jenis ubat selain masih dirujuk kepada Pakar Buah Pinggang Kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) serta Pakar Neurologi di sebuah hospital swasta berikutan menghidapi epilepsi atau sawan.

“Adam Akhtar Mursyid pernah diserang sawan, malah dalam sebulan sebanyak dua kali termasuk ketika dirawat di hospital dan di rumah.

“Namun kami bersyukur Adam Akhtar Mursyid matang dan menerima keadaan dirinya yang mengalami masalah kesihatan. Walaupun kerap letih dia seorang kreatif yang gemar melukis dan membuat rekaan menggunaka­n lego.

Katanya, kini mereka sekeluarga bergantung kepada pendapatan isterinya, Rafidah Aziz, 46, yang bekerja sebagai kerani selepas dia sendiri berhenti kerja untuk menguruska­n anak mereka.

Mereka menerima kunjungan daripada wakil Jejak Asnaf Maij, Mohd Nasir Ishak yang memberi sumbangan katil bernilai RM2,000 bagi kegunaan kanak-kanak berkenaan.

“Demi meringanka­n beban keluarga ini, Maij juga akan melangsaik­an bil hospital swasta tertunggak sebanyak RM3,450 selain turut menyampaik­an sumbangan wang tunai,” katanya.

 ??  ?? ADAM Akhtar Mursyid menunjukka­n rekaan lego dihasilkan­nya ketika menjalani rawatan dialisis.
ADAM Akhtar Mursyid terpaksa duduk di kerusi ketika menjalani rawatan dialisis.
ADAM Akhtar Mursyid menunjukka­n rekaan lego dihasilkan­nya ketika menjalani rawatan dialisis. ADAM Akhtar Mursyid terpaksa duduk di kerusi ketika menjalani rawatan dialisis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia