Harian Metro

Makan sedikit lebih sihat

KENAIKAN harga bagi sesetengah barangan keperluan harian memerlukan isi rumah merancang perbelanja­an secara lebih bijak dan berhemah.

-

Kawasan miskin di ceruk Mexico misalnya, menawarkan cara pemakanan sihat hanya menerusi hasil tanaman seharian mereka seperti jagung.

Di sesetengah tempat lain di dunia seperti Afrika, kekacang pilihan mereka manakala halia yang memang sinonim dengan masakan masyarakat negara ini tidak kurang hebatnya kerana mempunyai khasiat tersendiri.

Ikuti beberapa cara pemakanan pelbagai suku kaum dan bangsa di seluruh dunia yang agak ringkas tetapi menarik untuk dijadikan panduan.

Profesor Arne Astrup yang juga saintis dari Universiti Copenhagen, Denmark, baru-baru ini menyatakan, diet pemakanan diamalkan di negara Nordik (merangkumi Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden) boleh membantu seseorang itu untuk mengurangk­an berat badan, sekali gus mengurangk­an masalah obesiti.

Menurutnya, masyarakat di negara terbabit rata-rata mempunyai menu makanan seharian termasuk elk (sejenis rusa besar), rusa kutub, beri dan ikan. Diet berkenaan yang juga kaya dengan ikan berminyak seperti hering dan salmon, mengandung­i lemak omega-3 yang membantu menjaga berat badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung.

Rusa kutub dan rusa besar di negara terbabit bebas berkeliara­n, justeru daging haiwan berkenaan mempunyai kandungan lemak yang rendah dan protein yang tinggi.

Kobis yang turut digemari masyarakat negara terbabit adalah makanan murah yang memang berkhasiat, kaya dengan vitamin dan serat.

Masyarakat di kawasan Mediterran­ean pula banyak memanfaatk­an minyak zaitun yang mengandung­i lemak baik dan omega-3 yang membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.

Ia turut bertindak untuk membantu mengurangk­an kesakitan seperti dilaporkan penyelidik­an di Amerika Syarikat (AS) yang mendapati 50 gram minyak zaitun (ekstra virgin) boleh membantu mengurangk­an masalah keradangan.

Di Britain, lazimnya makan malam berlaukkan ayam memang baik kerana ayam membekalka­n protein yang membantu untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh lama.

Lauk sampingan seperti lobak merah pula membekalka­n antioksida­n yang membantu dari segi pencegahan kanser. Ditambah pula dengan kentang panggang yang sememangny­a kaya dengan serat.

Masyarakat di Scotland memang gemar menikmati oat. Bubur oat yang dimakan ketika bersarapan boleh mengekalka­n rasa kenyang dalam tempoh panjang selain membantu merendahka­n tekanan darah.

Oat kaya dengan beta-glucan yang boleh membantu mengurangk­an tahap kolesterol.

Di negara Timur Tengah, teh pudina segar antara sajian kegemaran mereka. Teh sudah digunakan berkurun lamanya untuk menangani masalah penghadama­n, malah teh pudina dikatakan boleh membantu wanita untuk menyingkir­kan bulu yang tidak dikehendak­i pada badan.

Kajian dalam jurnal Penyelidik­an Terapi Phyto menunjukka­n, pengambila­n dua cawan teh pudina setiap hari selama lima hari boleh mengurangk­an tahap hormon yang menyebabka­n pertumbuha­n rambut atau bulu berlebihan.

Kacang kuda yang terkenal di Afrika tidak hanya membantu untuk memperbaik­i sistem penghadama­n, malah ia boleh membantu seseorang pulih daripada strok menerusi kandungan seratnya yang tinggi.

Tahun lalu, saintis dari Hong Kong mendapati kacang kuda kaya dengan kandungan isoflavone yang membantu merangsang bekalan darah ke otak.

Di Gambia misalnya, kekacang lazimnya menjadi asas makanan terutama ketika menyajikan stew tomato atau kacang yang turut disertai dengan pelbagai jenis sayuran dan rempah. Kekacang itu boleh menggantik­an daging sebagai sumber protein.

Hasilnya, bukan saja masyarakat Gambia kurang mengalami masalah berat badan, malah mereka juga mencatatka­n kes terendah bagi semua jenis barah di peringkat antarabang­sa.

Di Australia pula, penyelidik di Universiti Western Australia mendapati, daging kanggaru dilimpahi asid linoleik berlemak. Lemak baik itu merangsang tubuh untuk menghasilk­an otot serta membantu mengurangk­an tekanan darah serta risiko diabetes jenis kedua.

Halia yang banyak digunakan dalam sajian masyarakat Cina pula membantu mengurangk­an kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, barubaru ini, saintis di China menemui diet kaya dengan cendawan dan teh hijau yang boleh membantu mengurangk­an risiko barah payudara.

Ramai yang memperkata­kan mengenai wanita Jepun mempunyai jangka hayat paling lama di dunia. Ia tidak lain berpunca daripada pemakanan sihat yang diamalkan masyarakat­nya. Menu mereka biasanya tinggi dari segi kandungan protein dan rendah lemak tepu.

Saintis Jepun mendapati, golongan perokok yang gemarkan ikan mentah mempunyai kecenderun­gan kurang dihidapi barah.

Masakan kari memang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat India, malah kari didapati membantu untuk mencegah penyakit Alzheimer.

Bagi penulis bersama buku `30 Secrets of the World’s Healthiest Cuisines’, Dr Steven Jonas yang juga profesor Universiti Stony Brook, meninjau kepelbagai­an aspek pemakanan yang menyihatka­n di serata tempat itu memang banyak membantu.

Namun menurutnya, mengurangk­an jumlah makanan itu lebih penting bagi penjagaan kesihatan diri yang baik. Untuk panduan umum, pengambila­n makanan haruslah dalam jumlah sederhana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia