Harian Metro

JUTAWAN SEGERA

Atlet paralimpik terima suntikan semangat buru pingat Olimpik

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Durian runtuh menanti atlet negara yang berupaya mencipta sejarah meraih emas sulung apabila bertanding di Sukan Olimpik Tokyo kelak.

Selain Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) berjumlah

RM1 juta, atlet terbabit sudah pasti menerima ganjaran lain seperti dijanjikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, selain habuan tambahan daripada kerajaan negeri dan syarikat korporat.

Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasn­i Awang, bintang terjun,

Pandelela Rinong dan jagoan badminton, Lee Zii Jia pertaruhan terbaik memecah kebuntuan itu. Atlet paralimpik pula dijanjikan imbuhan tambahan bernilai RM100,000 jika meraih emas, RM50,000 perak dan RM30,000 gangsa daripada FWD Takaful, selain insentif Shakam, lapor Aida Adilah Mat

Barisan atlet paralimpik negara mendapat suntikan semangat baharu apabila bakal menerima imbuhan tambahan selain daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sekiranya berjaya membawa pulang emas pada temasya Paralimpik Tokyo dari 24 hingga 5 September ini.

Pemenang pingat emas paralimpik akan menerima imbuhan tambahan bernilai RM100,000 jika meraih emas, RM50,000 perak dan RM30,000 gangsa daripada FWD Takaful.

Ini bermakna, pemenang emas akan menjadi jutawan segera dengan imbuhan sebanyak RM1.1 juta termasuk insentif Shakam.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang media mesyuarat lembaga pengurus Majlis Sukan Negara dan pengumuman sasaran pingat Sukan Olimpik secara maya, semalam.

Reezal menjelaska­n, pihak penaja turut mempertimb­angkan insentif sama kepada barisan jurulatih sebagai suntikan semangat untuk mereka berjuang ke Tokyo kelak.

“Kami berbesar hati untuk memaklumka­n satu kata sepakat dicapai dengan FWD Takaful yang bersetuju meneruskan tajaan bagi pembiayaan pembanguna­n sukan para negara.

“Ia membabitka­n nilai tajaan wang tunai bernilai RM5 juta untuk tahun 2020 dan 2021 termasuk membantu persediaan atlet ke temasya Olimpik dan kejohanan lain,” katanya.

Bagi skim Shakam sedia ada, setiap atlet yang berjaya meraih emas akan menerima RM1 juta, RM300,000 perak dan RM100,000 gangsa.

Untuk rekod, seramai 13 atlet negara sudah menerima skim itu hasil kejayaan mereka di temasya Olimpik dan Paralimpik dengan pencapaian gemilang negara adalah lima tahun lalu di temasya Paralimpik Rio apabila membawa pulang tiga emas menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta satu gangsa, Siti Noor Radiah Ismail, lompat jauh.

Dalam perkembang­an sama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Lambaian Juara kelmarin, mengumumka­n ganjaran istimewa menanti atlet yang berjaya meraih emas sebagai suntikan semangat di atas perjuangan atlet mengharumk­an nama negara.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN atlet negara yang berlepas ke Tokyo, kelmarin.
SEBAHAGIAN atlet negara yang berlepas ke Tokyo, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia