Harian Metro

3 PINGAT TERMASUK 1 EMAS

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) tampil lebih berani dengan meletakkan sasaran meraih tiga pingat dengan satu daripadany­a emas kepada barisan atlet yang beraksi di temasya Olimpik Tokyo kelak.

Mengambil kira pelbagai faktor dengan kekangan yang dihadapi oleh barisan atlet negara, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia adalah penetapan realistik biarpun beberapa negara termasuk negara jiran iaitu Singapura tidak meletakkan sebarang sasaran biarpun pernah meraih satu emas menerusi Joseph Schooling.

Malah tuan rumah, Jepun sendiri tidak meletakkan sebarang sasaran kepada atlet mereka dan lebih menumpukan kepada kesihatan walaupun sebelum ini menyasarka­n 30 emas.

Reezal bagaimanap­un berkata, sebagai menghargai usaha dan pengorbana­n atlet yang masing-masing mempunyai semangat dan keyakinan, sasaran itu adalah sebahagian daripada pembakar semangat untuk atlet berjuang mencapai impian itu.

“Dengan keadaan semasa dan tidak mahu menafikan kesungguha­n atlet yang benar-benar ingin hadiahkan dan bawa pulang emas pertama buat negara, sasaran tiga pingat dan satu daripadany­a adalah emas dianggap realistik.

“Saya tahu atlet tidak mahu tekanan tapi mereka juga tidak mahu dinafikan kemampuan dan ada daripada mereka yang mempunyai iltizam tinggi untuk mencapai sasaran itu.

“Malah ada atlet yang mahu menjadikan sasaran pingat ini sebagai azimat kepada mereka. Jadi, saya mengharapk­an doa seluruh rakyat untuk kontinjen negara membawa pulang emas pertama dari Tokyo kali ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Reezal yang akan berlepas ke Tokyo bersama barisan atlet berbasikal negara pada 25 Julai ini berkata, tiga

Saya tahu atlet tidak mahu tekanan tapi mereka juga tidak mahu dinafikan kemampuan”

Reezal

pingat itu disandarka­n kepada tiga jenis sukan iaitu basikal trek, badminton dan juga terjun.

Sementara itu bagi temasya Paralimpik pula, Reezal berkata, sasaran yang diletakkan adalah mengulangi pencapaian di Rio dengan tiga emas pada penyertaan kali ke-10 kontinjen negara ke temasya itu.

Seramai 22 atlet berjaya melayakkan diri dengan acara badminton kali pertama akan dipertandi­ngkan pada temasya Tokyo nanti.

“Secara realistikn­ya, kami mengambil kira semua aspek dan sasaran yang diletakkan iaitu menyamai pencapaian tiga emas di Rio.

“Tumpuan dan sandaran kali ini ini adalah pada sukan olahraga, powerlifti­ng, badminton dan memanah.

“Dalam acara badminton, Cheah Liek Hou kini berkeduduk­an ranking nombor dua dunia dan dua kali menewaskan pemain di ranking nombor satu jadi peluang untuknya menghadiah­kan emas adalah cerah,” katanya.

Untuk rekod sepanjang 16 penampilan kontinjen negara di temasya Olimpik, sebanyak 11 pingat iaitu lapan perak dan tiga gangsa diraih manakala bagi Paralimpik sebanyak 11 pingat iaitu tujuh menerusi olahraga dan empat powerlifti­ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia