Harian Metro

‘MK K-CLIQUE’ AJAR MENGAJI

Pemuda tersentuh berpeluang didik warga emas berusia 64 tahun membaca al-Quran

- Oleh Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

“Perasaan saya cukup tersentuh apabila berpeluang mengajar warga emas berusia 64 tahun mengaji al-Quran,” kata Abdul Qawiy Abd Rashit, 24.

Walaupun muda, Abdul Qawiy tidak mensia-siakan ilmu ditimba sepanjang tujuh tahun menuntut di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesbu­rg, Afrika Selatan, malah memanfaatk­annya dengan membuka kelas mengaji secara dalam talian.

Abdul Qawiy berkata, kelas mengaji dalam talian itu dibuka sejak April lalu dengan 35 pelajar yang sebahagian besarnya adalah pengikutny­a di TikTok.

“Kelas mengaji dalam talian ini diwujudkan atas permintaan pengikut saya di TikTok.

“Selain Malaysia, ada juga pengikut dari Singapura, Indonesia dan Kyrgyzstan yang mendaftar bagi mengikuti kelas mengaji itu,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur dan seronok apabila ramai berminat untuk belajar mengaji.

“Asalnya, saya hanya ada dua pelajar. Ramai lagi berminat turut serta cuma saya terpaksa letakkan mereka dalam senarai menunggu kerana hanya dapat menerima 35 pelajar yang mengikuti tiga sesi kelas pada sebelah pagi, petang dan malam daripada Isnin hingga Jumaat.

“Perkara paling menyentuh perasaan pula ialah apabila saya berpeluang mengajar warga emas untuk mengaji. Syukur Alhamdulil­lah,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik yang menetap di Seksyen 19 di sini berkata, dia sebelum ini menjalanka­n perniagaan kosmetik selain mengajar mengaji secara bersemuka dari rumah ke rumah.

“Bagaimanap­un, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menyebabka­n pergerakan terhad menyebabka­n saya tidak dapat meneruskan aktiviti mengajar secara bersemuka.

“Pada masa terluang sepanjang PKP lalu, saya gunakannya dengan mengaji secara langsung (live) di TikTok,” katanya.

Menurut Abdul Qawiy, pada mulanya, kelas mengaji itu hanya ditonton 10 orang sebelum ia kini mencecah 1,400 penonton pada satu-satu masa.

“Malah, ada yang menyamakan saya dengan penyanyi Rap, MK K-Clique dan meminta saya rap ketika bersiaran langsung,” katanya.

Berkongsi latar belakang, katanya yang juga seorang daripada imam di Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, dia bersekolah sehingga tahun empat sebelum dimasukkan ke Madrasah Nurul Ilmu di Seksyen 9 dan hafaz al-Quran pada usia 13 tahun.

“Pada usia 14 tahun, saya dihantar ke madrasah di Johannesbu­rg dan pulang ke tanah air tiga tahun lalu.

“Banyak pengalaman sepanjang merantau. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah apabila ditawarkan menjadi imam solat Tarawih di Paris (Perancis), Brazil dan Afrika Selatan,” katanya.

 ?? ?? ABDUL Qawiy mengumpul pengikut di TikTok selepas mengaji secara langsung di aplikasi itu.
ABDUL Qawiy mengumpul pengikut di TikTok selepas mengaji secara langsung di aplikasi itu.
 ?? ?? ABDUL Qawiy (depan) kini salah seorang imam di Masjid Al-Ubudiah dekat Seksyen 19, Shah Alam.
ABDUL Qawiy (depan) kini salah seorang imam di Masjid Al-Ubudiah dekat Seksyen 19, Shah Alam.
 ?? ?? ABDUL Qawiy ketika mengimamka­n solat sunat Aidilfitri di Passo Fundo, Brazil.
ABDUL Qawiy ketika mengimamka­n solat sunat Aidilfitri di Passo Fundo, Brazil.
 ?? ?? ABDUL Qawiy membimbing pelajar mengaji secara dalam talian sejak April lalu.
ABDUL Qawiy membimbing pelajar mengaji secara dalam talian sejak April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia