Harian Metro

APA YANG ANDA PERLU ELAKKAN

-

Keputusan kerajaan membenarka­n pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 antara khabar paling ditunggu-tunggu masyarakat yang rata-rata tidak sabar untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti.

Jumlah kenderaan di atas jalan yang meningkat secara mendadak, khususnya pada hujung minggu lalu, adalah bukti ahli masyarakat memanfaatk­an sepenuhnya ‘kebebasan’ diberikan kerajaan itu selepas hampir dua tahun pergerakan dibataskan demi mengekang penularan virus maut tersebut.

Namun, dalam keghairaha­n menikmati kelonggara­n itu, perlu diingat bahawa ancaman Covid-19 belum berakhir, sementelah masih ada kelompok yang belum menerima vaksin, khususnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Risiko yang dihadapi kelompok usia ini sudah acap kali dibangkitk­an pakar, namun hingga kini kerajaan belum membuat ketetapan berhubung isu pemvaksina­n untuk golongan itu. Justeru, sementara menantikan keputusan kerajaan, terserah kepada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak kecil mereka dilindungi daripada dijangkiti Covid-19.

Mengulas perkara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun menasihati orang ramai agar mengehadka­n pergerakan dan tidak sewenang-wenangnya berkunjung ke pelbagai lokasi.

“Tujuan utama dibenarkan merentas negeri adalah bagi mereka yang sudah lama tidak menziarahi orang tua agar dapat pulang ke kampung, tetapi janganlah sebelum pulang ke kampung kita pergi bercuti di sana sini.

“Jika terlalu banyak tempat persinggah­an, kita bukan sahaja boleh merisikoka­n anak-anak, terutama yang belum divaksinas­i, tetapi berkemungk­inan membawa pulang virus Covid-19 yang akhirnya boleh menjangkit­i orang tua kita,’’ katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan berhasrat pulang ke kampung, agar melakukan perancanga­n sebaik mungkin bagi memastikan anak-anak tidak terdedah kepada persekitar­an yang sesak dengan orang ramai.

Antara yang beliau cadangkan ialah membawa bekal makanan dari rumah agar tidak perlu singgah di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Begitu juga jika singgah di mana-mana seperti surau dan masjid, sentiasa jaga penjarakan fizikal serta semua ahli keluarga termasuk anak-anak kecil, wajib sanitasi tangan. SOP ini adalah paling asas untuk mencegah jangkitan Covid-19,” tegasnya.

Dr Hanafiah turut menggalakk­an individu dewasa melakukan ujian kendiri secara berkala sebagai saringan awal sepanjang berada di kampung, sekali gus melindungi diri dan juga ahli keluarga yang lain daripada dijangkiti virus maut tersebut.

“Sejurus tiba di kampung, wajib lakukan ujian kendiri yang merupakan langkah terbaik untuk kita membuat pengesanan awal kerana saya yakin, pada waktu ini kita bukan sahaja bertemu dengan orang tua, tetapi juga berhimpun dengan adik-beradik yang tiba dari lokasi berbeza.

“Sekalipun kita mandi atau sanitasi tangan sebelum bersentuha­n dengan ahli keluarga lain, belum tentu dapat melindungi orang lain terutama kanak-kanak daripada virus itu,” katanya.

Dr Hanafiah juga mencadangk­an orang ramai menyediaka­n kit ujian kendiri yang disifatkan­nya lebih murah dan mudah berbanding ujian calitan di klinik.

“Sekiranya ada seorang didapati positif, ahli keluarga lain pula boleh membuat swab test di klinik kesihatan untuk mengesahka­n status kesihatan mereka,’’ katanya.

Bagi Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail pula, langkah terbaik mengelakka­n anak daripada dijangkiti Covid-19 ialah tidak membawa mereka ke kawasan tumpuan ramai kerana golongan itu amat cenderung mendapat jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru.

 ?? ?? ORANG ramai dinasihatk­an agar mengehadka­n pergerakan dan tidak sewenang-wenangnya berkunjung ke pelbagai lokasi.
ORANG ramai dinasihatk­an agar mengehadka­n pergerakan dan tidak sewenang-wenangnya berkunjung ke pelbagai lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia