Harian Metro

80% remaja terima satu dos vaksin

-

Satu daripada pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja terpantas di dunia”

Khairy Jamaluddin

Kuala Lumpur:

Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja terpantas di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, 80 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer dalam masa kurang dari dua bulan.

“Satu daripada pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja terpantas di dunia.

“Terima kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali), @DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua di CITF-A (Jawatankua­sa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja). #LindungDir­iLindungSe­mua,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau semalam.

Dr Noor Azmi merupakan Pengerusi CITF-A manakala Dr Mah sebelum ini bertanggun­gjawab mengendali­kan vaksinasi untuk kumpulan itu.

Menurut data Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 1,367,216 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 43.4 peratus lengkap divaksin setakat kelmarin.

Sejumlah 2,524,156 remaja pula menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Remaja dilancarka­n pada 8 September lalu.

Bagi populasi dewasa pula, 22,084,594 individu atau 94.3 peratus melengkapk­an vaksinasi mereka bagi tempoh sama manakala 97.3 peratus atau 22,792,916 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 235,607 dos harian vaksin diberikan kelmarin membabitka­n golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di bawah Pick sejak dilancarka­n pada 24 Februari lalu adalah 48,673,215.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia