Harian Metro

Delta ‘serang’ selatan Thailand

-

Pattani:

Varian Delta yang cepat merebak menjadi punca lonjakan kes Covid-19 di empat wilayah di selatan Thailand – Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Pattani Dr Anurak Sarapap berkata, peningkata­n varian Delta amat membimbang­kan ekoran kebolehjan­gkitan yang tinggi.

“Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dipercayai merebak di kalangan ahli keluarga dan komuniti dan menyebabka­n kes Covid-19 dan jumlah kematian meningkat di empat wilayah itu.

“Kini, varian Delta menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jangkitan baharu kes Covid-19 di empat wilayah itu,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, varian paling dominan di wilayah selatan adalah Alpha dan Beta.

Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatka­n 9,727 kes baharu Covid-19 dan 73 kematian, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini 1,821,579 dan 18,559 kematian.

Daripada jumlah kes baharu, Yala merekodkan 653 kes, Songkhla (627), Pattani (543) dan Narathiwat (374).

Dr Anurak berkata, Kementeria­n Kesihatan Awam Thailand sedang memperheba­tkan vaksinasi di empat wilayah untuk mengekang penularan kes Covid-19.

Beliau berkata, kementeria­n mengedarka­n vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah pada bulan ini.

“Kami berharap dapat mencapai sasaran 70 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin Covid-19 pada akhir bulan ini,” katanya.

Untuk menggalakk­an vaksinasi di kalangan penduduk tempatan, Dr Anurak berkata, pemimpin agama kini memainkan peranan mereka untuk memberikan kesedaran dan penerangan berhubung keberkesan­an vaksin.

Beliau berharap penduduk tempatan terus mengamalka­n langkah-langkah pencegahan di tempat awam dan tempat kerja dalam usaha menbendung penularan Covid-19.

Sementara itu, Dr Anurak berkata pihak berkuasa tempatan kini menggalakk­an pesakit Covid-19 yang mengalami gejala tidak serius atau tidak bergejala agar menjalani ‘pengasinga­n di rumah’ ataupun ‘pengasinga­n komuniti’ di peringkat mukim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia