Harian Metro

JANGKITAN NAIK, BAH MENDATANG

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Sekatan rentas negeri tidak sesuai dilakukan semula bagi membendung peningkata­n kes Covid-19 selepas tiga negeri mencatatka­n peningkata­n jumlah kes sebaliknya sikap masyarakat itu sendiri perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, walaupun diakui ada sedikit peningkata­n kes Covid-19 di beberapa negeri selepas kebenaran rentas negeri namun ia dilihat tidak terlalu serius.

Menurutnya, mereka yang dijangkiti Covid-19 itu berada pada kategori 1, 2 dan 3 sahaja disebabkan masih ada yang tidak mengikut SOP ditetapkan kerajaan menyebabka­n berlaku peningkata­n kes.

“Namun, bagi saya walaupun dilihat ada sedikit peningkata­n kes namun buat masa ini tidak sesuai untuk menarik kembali sekatan rentas negeri kerana kebenaran itu baru diberikan.

“Sebaliknya orang ramai perlu mengambil suntikan vaksin selengkapn­ya supaya dapat menggelak penularan Covid-19,” katanya kepada

Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas tiga negeri mencatatka­n peningkata­n jumlah kes jangkitan Covid-19 bagi minggu ke-41 iaitu antara 10 hingga 16 Oktober lalu sejak kerajaan menarik semula sekatan rentas pada 11 Oktober lalu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Kuala Lumpur mencatatka­n peningkata­n jumlah kes sebanyak 7.8 peratus, Putrajaya (3.3 peratus) dan Negeri Sembilan mencatatka­n peningkata­n sebanyak 4.1 peratus.

Bagaimanap­un, katanya, peningkata­n itu, belum sampai ke tahap melumpuhka­n sistem kesihatan negara dan hanya sekadar amaran awal, malah kerajaan tiada perancanga­n melaksanak­an semula sekatan rentas negeri kerana ia baharu sahaja ditarik semula.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, memang sudah dijangka apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan akan berlakunya sedikit peningkata­n kes Covid-19.

“Covid-19 ini ia perlukan pembawa dan kitalah (orang ramai) yang menggerakk­annya (jangkitan) apabila orang ramai bergerak tanpa menjaga SOP, maka kes akan berlaku turun naik bergantung kepada tahap kesedaran masing-masing.

“Nasihat saya apabila sudah diberi kelonggara­n ini jika mereka ingin membuat kenduri kecil, pertemuan ahli keluarga, alumni dan sebagainya lebih elok membuat ujian saringan kendiri terlebih dahulu lagipun sekarang sudah mudah serta murah dengan hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk mendapat keputusann­ya,” katanya.

Dr Hanafiah berkata, sekurang-kurangnya apabila sudah membuat saringan awal akan dapat mengelak daripada berlaku jangkitan sebab perlu difahami walaupun tidak bergejala, tetapi mereka masih boleh menjangkit­i, malah walaupun sudah divaksin ia tetap boleh menjadi pembawa virus itu.

“Saya juga setuju tidak sesuai untuk menyekat semula pergerakan rentas negeri sebaliknya hanya melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di kawasan yang tinggi kes itu,” katanya.

Mengulas mengenai banjir pula, Dr Zainal Ariffin berkata, mereka yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) perlu menjaga SOP ditetapkan bagi mengelak berlaku jangkitan Covid-19.

“Selain itu, mangsa banjir ini juga perlu dipastikan lengkap divaksinas­i dan jika belum divaksin perlu disuntik bagi mengelak risiko berlaku jangkitan.

“Apa yang penting mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, perlu pastikan PPS itu tidak bersesak dan kurangkan jumlah orang yang tinggal di PPS supaya tidak terlalu padat yang membolehka­n berlaku jangkitan,” katanya.

Dr Hanafiah pula berkata, kekalkan SOP sedia ada cuma ditambah satu lagi dengan menjalanka­n ujian saringan terlebih dahulu sebelum mangsa banjir ditempatka­n di PPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia