Harian Metro

AS yakin kemampuan lawan pandemik

-

Kuala Lumpur:

Amerika Syarikat (AS) yakin terhadap kemampuan Malaysia menangani pandemik Covid-19 yang dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama di antara kedua negara termasuk sektor pelanconga­n.

Duta AS di negara ini, Brian McFeeters memuji tindakan kerajaan menangani penularan wabak dengan baik dan mencatatka­n pemberian vaksinasi tertinggi di seluruh dunia.

“Kejayaan vaksinasi secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelancong luar untuk melancong ke negara ini dan ia adalah satu berita yang baik.

“Secara peribadi, rata-rata ahli keluarga saya juga bertanya peluang untuk datang kembali ke Malaysia apabila pintu sempadan dibuka,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan korporat di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak kedutaan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dilaksanak­an negara ini dengan ketat.

Malah, katanya, pihaknya turut menghulurk­an bantuan bagi memastikan imuniti kelompok di Malaysia berjaya dicapai.

“Semalam kami menyerahka­n bantuan tambahan Covid-19 sebanyak AS$800,000 (RM3.3 juta) kepada Malaysia, sebagai menyokong usaha pelalian kepada golongan rentan dan memastikan pemulihan ekonomi,” katanya.

Mengenai hubungan ekonomi AS dan Malaysia, Brian berkata, syarikat AS yang berpusat di negara ini fokus untuk memastikan operasi berjalan lancar dan kebanyakan

mereka dilihat kurang terjejas.

“Kami sangat menyokong setiap aspirasi kerajaan dalam setiap perancanga­n ekonomi kerana pelaburan ekonomi AS di negara ini bernilai kira-kira RM25 bilion.

“Malah, hubungan keselamata­n antara dua negara juga begitu harmoni dan kita mahu semua aspek berjalan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Brian yang dilantik menyandang jawatan berkenaan berkuat kuasa 26 Februari lalu meluangkan masa hampir tiga jam dalam lawatan korporat di Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas.

Ketibaan Brian pada jam 10.30 pagi disambut pengurusan kanan diterajui Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Rafiq Razali.

 ?? ?? McFEETERS (duduk, tengah) dan Dr Syed Hussian (duduk, dua dari kiri) bergambar kenangan pada lawatan korporat Duta AS di Malaysia ke Sri Pentas, Bandar Utama, semalam. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS
McFEETERS (duduk, tengah) dan Dr Syed Hussian (duduk, dua dari kiri) bergambar kenangan pada lawatan korporat Duta AS di Malaysia ke Sri Pentas, Bandar Utama, semalam. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia