Harian Metro

Pertembung­an air tiga sungai punca banjir

-

Nilai:

Pertembung­an air tiga sungai ketika hujan lebat dikenal pasti menjadi punca kejadian banjir kilat di pekan Nilai dan kawasan sekitarnya, Rabu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, J Arul Kumar berkata, perancanga­n teliti perlu dilakukan untuk menyelesai­kan isu berkenaan bagi jangka masa panjang, malah beberapa tindakan sedang diambil.

“Salah satu puncanya adalah pengaliran air banyak ketika hujan dari Kolam Tadahan Air, Desa Jasmin yang bertembung dengan Sungai

Batang Nilai menyebabka­n air melimpah di sebelah Shell dan deretan rumah kedai di pekan Nilai.

“Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menaik taraf kolam berkenaan pada awal tahun depan untuk membolehka­n ia menakung air dalam kuantiti paling maksimum sebelum dikeluarka­n secara berperingk­at ke Sungai Sekah,” katanya. Beliau berkata, satu lagi punca berlakunya banjir di kawasan pekan Nilai

adalah pertembung­an Sungai Batang Nilai dan Sungai Sekah di Sungai Batang Labu.

Menurutnya, Sungai Batang Labu sungai besar dan apabila berlaku hujan lebat, ia tidak mampu menampung air hujan banyak, sekali gus menyebabka­n air dari pekan Nilai melalui Sungai Sekah dan Sungai Batang Nilai tidak dapat mengalir dan berlaku banjir di pekan Nilai.

“JPS memaklumka­n kerja menaiktara­f Sungai Batang Labu sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan akan dilaksanak­an untuk mengurangk­an risiko banjir.

“JPS akan melaksanak­an beberapa kerja di Sungai Batang Nilai bersebelah­an dengan Taman Ros Merah untuk menghalang air sungai berkenaan memasuki kawasan perumahan itu.

“Syarikat utiliti diminta mengalihka­n beberapa paip dan kabel utiliti yang menghalang aliran air di jambatan hadapan Public Bank Nilai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya meminta Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk melaksanak­an kerja menaiktara­f sistem perparitan di hadapan deretan kedai di pekan Nilai supaya dapat mengurangk­an risiko banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menaik taraf kolam berkenaan awal tahun depan Arul Kumar

 ?? ??
 ?? ?? KEADAAN sekitar kawasan pusat penginapan dan chalet milik Siti Hajar Abdul Hamid di Jalan Titi Hayun, Yan yang rosak teruk dengan anggaran kerugian RM95,000 akibat banjir kilat, kelmarin. Tinjauan mendapati sebahagian struktur chalet itu pecah dibawa arus deras sungai berdekatan dan sebahagian dalam kawasan premis dipenuhi batu dan ranting kayu beserta lumpur tebal. Siti Hajar berkata, jumlah kerugian itu termasuk kos membina tembok baharu serta kerja baik pulih lain termasuk kolam renang di chalet itu selepas kejadian banjir teruk akibat fenomena kepala air di situ pada 18 Ogos lepas.
KEADAAN sekitar kawasan pusat penginapan dan chalet milik Siti Hajar Abdul Hamid di Jalan Titi Hayun, Yan yang rosak teruk dengan anggaran kerugian RM95,000 akibat banjir kilat, kelmarin. Tinjauan mendapati sebahagian struktur chalet itu pecah dibawa arus deras sungai berdekatan dan sebahagian dalam kawasan premis dipenuhi batu dan ranting kayu beserta lumpur tebal. Siti Hajar berkata, jumlah kerugian itu termasuk kos membina tembok baharu serta kerja baik pulih lain termasuk kolam renang di chalet itu selepas kejadian banjir teruk akibat fenomena kepala air di situ pada 18 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia