Harian Metro

1,105 mangsa dipindah ke PPS

-

Melaka Tengah mencatat jumlah mangsa paling ramai membabitka­n 718 daripada 173 keluarga di enam PPS”

Cuthbert John Martin Qudra

Kuala Lumpur:

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi semalam manakala keadaan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Selangor semakin pulih.

Di Melaka, mangsa yang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,105 daripada 283 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 932 mangsa daripada 249 keluarga jam 4 petang kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka Lt Kolonel Cuthbert John Martin Qudra berkata, jumlah PPS di tiga daerah kekal 12 buah setakat ini.

Beliau berkata, Melaka Tengah mencatat jumlah mangsa paling ramai membabitka­n 718 daripada 173 keluarga di enam PPS.

Antara PPS dibuka di daerah tersebut ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Berendam, SK Krubong, SK Taman Merdeka, SK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil.

Di Alor Gajah pula 121 mangsa daripada 38 keluarga ditempatka­n di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin

Wah dan SK Telok Berembang, manakala di Jasin, seramai 266 mangsa daripada 72 keluarga ditempatka­n di tiga PPS iaitu SMK Seri Bemban, SK Tehel dan SJKC Shuh Yen.

Beliau berkata, lokasi terjejas banjir di Melaka Tengah antaranya Sungai Putat, Bukit Beruang, Malim Permai, Desa Duyong, Ayer Keroh, Taman Rambai Jaya, Kampung Sungai Badau, Bakar Batu, Balai Panjang, Kampung Kolam, Kampung Morten dan Tengkera.

Katanya bagi Alor Gajah, ia melibatkan kawasan antaranya Kampung Dalong, Kampung Danun, Parit Melana, Kampung Padang Keladi, Durian Daun dan Bukit Balai manakala di Jasin, lokasi terjejas antaranya Pekan Merlimau, Jasin Bestari, Asam Kumbang, Lubuk Kasau dan Tehel.

 ?? ?? MANGSA banjir di PPS SK Taman Merdeka beratur untuk mengambil makanan, semalam.
MANGSA banjir di PPS SK Taman Merdeka beratur untuk mengambil makanan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia