Harian Metro

11 POSITIF KORONAVIRU­S

- Oleh Samadi Ahmad

Seramai 11 mangsa banjir di daerah ini dikesan positif Covid-19 melalui ujian saringan dilakukan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, individu positif itu dikesan di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Giching, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, SRA Gincing, SRA Labu Lanjut dan Balai Raya MPKK Giching.

Beliau berkata, individu positif itu dipindahka­n ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian

Malaysia (Maeps) Serdang dan Hospital Serdang bagi menjalani rawatan.

“Setakat jam 10 pagi hari ini (semalam), jumlah mangsa banjir dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) mukim Labu seramai 143 dan mukim Dengkil 283.

“Keadaan lokasi banjir menampakka­n sedikit perubahan apabila ada kawasan sudah mulai surut seperti di Kampung Giching, Kampung Salak Tinggi, Kampung Cinchang, Kampung Cemperai, Pusat Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Ampar Tenang,” katanya.

Khairi Azali yang juga Pengerusi

Setakat jam 10 pagi hari ini (semalam), jumlah mangsa banjir dipindahka­n ke PPS mukim Labu seramai 143 dan mukim Dengkil 283”

Khairi Azali

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Sepang berkata, kawasan belum surut adalah Taman Dataran Abadi, Labu Lanjut, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Warisan dan Kampung Sri Tanjong.

Beberapa kawasan di Dengkil dan Labu dinaiki air sejak petang Rabu lalu apabila hujan lebat sehingga menyebabka­n ban Sungai Labu pecah dan air Sungai Langat menjadi penuh dan melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia