Harian Metro

Bekas polis teguh ‘berdiri’ demi keluarga

-

Bayan Lepas: Pengalaman terbabit dalam kemalangan motosikal sembilan tahun lalu ibarat mimpi ngeri buat pesara polis, Mohd Izzuddin Syukri Ishak kerana mengubah statusnya daripada insan normal menjadi orang kurang upaya (OKU).

Mohd Izzuddin Syukri, 35, dari Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini yang dulunya cergas dan aktif bermain bola sepak juga terpaksa melupakan minat terhadap sukan kegemarann­ya itu akibat kemalangan itu.

Ini kerana kecederaan serius dialami menyebabka­n Mohd Izzuddin Syukri patah tulang belakang dan hilang keupayaan berjalan hingga perlu bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Bapa dua anak ini mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menerima ketentuan Ilahi dengan reda dan bersyukur kerana isteri, Noor Syuhaida Sholihin, 37, setia di sisi serta sentiasa memberi semangat supaya tidak berputus asa.

Kini, Mohd Izzuddin Syukri dan Noor Syuhaida bersama mencari rezeki dengan mengusahak­an kafe diberi nama Kurie De Bamboo Cafe bagi menyara dua anak mereka iaitu Muhammad Izz Ziqrie, 11, dan Nur Izz Humaira, 9.

“Saya sebelum ini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah dan masih bertugas selepas pulih daripada kecederaan akibat kemalangan, tetapi ambil keputusan bersara pada 2018 disebabkan tahap kesihatan yang tidak mengizinka­n.

“Sebenarnya, sewaktu menjadi anggota polis lagi saya sudah ada gerai makan, tetapi secara sambilan namun nekad kembangkan lagi perniagaan selepas bersara dengan membuka menghidang­kan menu tempatan dan barat.

“Mujurlah isteri banyak membantu menguruska­n perniagaan dan keluarga daripada awal hingga kini kerana pergerakan saya terbatas. Jadi, ada perkara tidak dapat dilakukan sendiri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi pengalaman berniaga dalam tempoh pandeSyukr­i mik, Mohd Izzuddin tidak menafikan terkesan apabila tidak dapat menerima pelanggan untuk menjamu selera di kafe dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanap­un, Mohd Izzuddin Syukri menggunaka­n khidmat syarikat penghantar­an makanan bagi membolehka­n pelanggan membuat pesanan daripada kafenya menerusi aplikasi dalam talian.

“Baru dua tahun buka kafe itu, negara pula dilanda pandemik dan pada awalnya memang terkesan malah sambutan pelanggan agak kurang.

“Bagaimanap­un, saya dan isteri ikhtiar gunakan khidmat penghantar makanan ada kalanya hantar sendiri pesanan kepada pelanggan.

“Di samping itu, saya cuba juga promosikan perniagaan di akaun TikTok dan Alhamdulil­lah, sambutanny­a amat baik, malah saya gunakan juga platfrom berkenaan untuk kongsikan kisah sebagai OKU supaya dapat beri semangat kepada insan istimewa lain di luar sana,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia