Harian Metro

MERANA KERANA NAK KULIT PUTIH

Wanita alami bengkak hati selepas ambil suntikan cerahkan kulit

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@ hmetro.com.my

“Saya mengaku tidak berfikir panjang ketika itu kerana hanya mahu dapatkan kulit cerah dan cantik tapi lain pula jadinya apabila penyakit yang datang,” kata ibu seorang cahaya mata, Umi Hafiza Abdullah.

Umi Hafiza, 22, dari Kampung Padang Luas di sini mendapat perhatian di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok menceritak­an kisahnya dimasukkan ke Hospital Besut dan disahkan mengalami bengkak hati kesan pengambila­n jamu serta suntikan kecantikan bagi mencerahka­n badan.

Keadaan itu menyebabka­n Umi Hafiza ditahan di hospital selama empat hari iaitu daripda 14 hingga 17 Oktober lalu sebelum dibenarkan pulang.

“Mulanya saya mengalami sakit perut dan pergi ke klinik untuk periksa puncanya, tetapi doktor sahkan ia disebabkan masalah gastrik.

“Sakit itu berlarutan selama dua minggu hingga akhirnya saya dimasukkan ke hospital. Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati hati saya bengkak dan doktor bertanya sama ada saya ada mengambil jamu atau suntikan kecantikan.

“Saya beritahu perkara sebenar dan doktor mengesyaki penyakit dialami ada kaitannya dengan jamu dan suntikan kecantikan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Umi Hafiza berkata, dia mengambil suntikan kecantikan di sebuah spa berhampira­n rumah pada Mac, April dan Mei lalu dengan satu sesi dalam setiap bulan.

Di samping mendapatka­n kulit yang cerah dan cantik, Umi Hafiza sanggup mengambil suntikan berkenaan kerana mahu meyakinkan pelanggan membeli produk komestik dijualnya secara dalam talian.

“Bagi saya, bila kita cantik, lebih mudah untuk tarik minat orang untuk membeli jadi beranikan diri mengambil suntikan kecantikan di sebuah spa.

“Kebetulan, spa berkenaan menawarkan harga promosi iaitu RM550 bagi tiga kali suntikan, sesuai dengan kemampuan saya.

“Setengah jam selepas suntikan pertama, saya berasa loya dan muntah tetapi kakitangan spa memaklumka­n ia kerana badan saya kekurangan air.

“Jadi, saya anggap ia normal dan bertambah yakin apabila nampak kesan positif iaitu kulit jadi cerah selepas mengambil suntikan kali kedua. Bagaimanap­un, saya mula sangsi apabila kulit jadi gelap semula tidak lama selepas sesi ketiga,” katanya.

Umi Hafiza berkata, spa berkenaan ada menapewark­annya meneruskan ngambilan suntikan tetapi dia enggan kerana tidak yakin dengan keberkesan­annya.

“Apa yang berlaku membuatkan saya serik untuk ambil lagi suntikan kecantikan malah tidak lagi makan jamu walaupun sudah amalkannya sejak dua tahun lalu kerana takut penyakit jadi bertambah serius.

“Kini, saya ikut saranan doktor untuk jaga pemakanan dan berpantang daripada mengambil makanan pedas serta berlemak ketika ini,” katanya.

Sementara itu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia