Harian Metro

Tangan ‘berseni’ Nur Alia Hairani

-

Felda: Siapa sangka dengan hanya menggunaka­n telefon berjenama Samsung Note 3 keluaran lama, remaja perempuan berusia 15 tahun ini mampu menghasilk­an lukisan komik digital seolah-olah ‘hidup.’

Lebih mengagumka­n lagi, Nur Alia Hairani Raudah hanya menggunaka­n jari berikutan pen yang rosak sejak setahun yang lalu.

Ketika dihubungi dari Felda Keratong 2, Pahang dia berkata, selain daripada lukisan komik, dia turut menghasilk­an beberapa jenis lukisan lain antaranya adalah ‘chibi’ dan lukisan lidi.

“Bagi lukisan komik yang memerlukan pelbagai warna dan lebih detail, saya mengambil masa empat jam untuk menyiapkan pada satu masa.

“Namun, untuk lukisan yang ringkas seperti lukisan lidi, saya dapat menyiapkan dalam masa setengah jam sahaja.

“Kebanyakan komik yang saya hasilkan adalah berdasarka­n idea saya sendiri dan sekiranya saya tidak ada ilham untuk melukis, saya lihat apa yang ada di sekeliling saya,” katanya.

Nur Alia Hairani yang juga berkongsi lukisan komik di akaun Instagram miliknya, berkata, dia juga menerima tempahan lukisan digital daripada kawan-kawan terdekat dan keluarga yang menyokong hobinya.

Menurutnya, menerusi hobi dan bakat yang dia ada sekarang ini, dia bercita-cita ingin menjadi seorang animator di YouTube suatu hari nanti.

Sementara itu, ibunya, Satina Bakar, 50, dia menghadiah­kan telefon berkenaan selepas melihat minat anaknya yang suka melukis sebelum ini dengan hanya menggunaka­n kertas dan pen.

“Saya dan adik beradik Nur Alia Hairani yang lain juga kagum dan tak sangka dia berbakat dalam bidang lukisan ini.

“Malah, saya akan terus memberi sokongan walaupun sekiranya dia ingin belajar bidang yang berkaitan dengan animasi di peringkat universiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia