Harian Metro

OKU nekad berkayak solo rentas Sungai Perak

-

Ipoh:

Kekurangan diri bukan penghalang buat Mohd Syukor Shahuji yang berstatus orang kurang upaya (OKU) untuk melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Bahkan pemuda berusia 29 tahun yang kudung kaki kanan dan lembam itu sedang mempersiap­kan diri untuk menjadi OKU pertama berkayak secara solo merentasi Sungai Perak yang dijadual pada 6 hingga 13 November.

Menurut Mohd Syukor, dia akan berkayak sejauh 360 kilometer bermula dari Jeti Tasik Banding di Hulu Perak dan berakhir di Beting Beras Basah, Bagan Datuk.

Ekspedisi di bawah Misi Survival Kayak Solo OKU itu anjuran Persekutua­n Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMPk) dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

Sejak 2013 Mohd Syukor aktif berkayak namun aktiviti itu tidak lagi diceburi selepas kaki kanannya dipotong hingga lutut selepas terbabit kemalangan motosikal pada Ogos 2017.

“Sejak tragedi itu, saya putus asa daripada meneruskan aktiviti kayak dan aktiviti lain, malah merasakan itu waktu saya ‘menggantun­g skaf’ sebagai ahli pengakap.

“Dorongan rakan menyebabka­n saya kembali bersemanga­t selain melihat kemampuan OKU lain yang masih mampu melakukan aktiviti lasak hingga ada yang menempa nama, jadi saya nekad lakukan perkara serupa,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media di Wisma Pengakap Negeri Perak di sini, semalam yang turut dihadiri Naib Yang Dipertua PPMPk Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Perak Ahmad Azam Shah Abd Majid dan Pendayung Kayak Solo Negara Murad Mohd Kassim.

“Sejak tragedi, saya putus asa daripada meneruskan aktiviti kayak Mohd Syukor

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia