Harian Metro

ANTIVAKSIN USAH TERASA!

Tak timbul soal diskrimina­si jika faham tanggungja­wab masing-masing. Jadi, antivaksin jangan rasa dianiaya sedangkan kerajaan beri peluang anda dapatkan vaksin Covid-19

-

ebanyakan negara kini mula memberi kelonggara­n dan kebebasan kepada rakyatnya selepas lebih setahun terpaksa hidup dengan pelbagai peraturan untuk mengekang penularan Covid-19.

Namun, sebahagian keistimewa­an ini hanya terpakai untuk mereka yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19. Bagi mereka yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan yang disahkan pegawai perubatan, mereka masih berpeluang menikmati kebebasan sama kerana kita semua tahu bahawa golongan ini bukan sengaja mahu menolak.

Tetapi, bagi mereka yang sengaja menolak vaksin atas alasan yang sudah dipatahkan dengan bukti sains, maka keistimewa­an ini nampaknya hanya terhad untuk perkara tertentu.

Arab Saudi pada Isnin lalu mula membenarka­n solat Subuh di Masjidil Haram dalam kapasiti penuh jemaah dan tanpa penjarakan fizikal selepas ia melonggark­an sekatan Covid-19.

Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr Saad Mohamed Al-Muhaimid yang dilapor Arab News berkata, jemaah tetap perlu memakai pelitup muka ketika mengunjung­i masjid suci itu dan mendaftar bagi umrah dan solat menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.

Penjarakan fizikal bukan lagi mandatori dalam perhimpuna­n sosial atau di tempat awam di Arab Saudi, termasuk dalam pengangkut­an awam dan di restoran, panggung wayang serta pusat beli-belah.

Kelonggara­n turut membabitka­n pemakaian pelitup muka, ia tidak wajib kecuali di tempat tertentu termasuk dua masjid suci yakni, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

Bagaimanap­un, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualik­an daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Menurut kementeria­n itu lagi, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjung­nya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahka­n tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.

Dow Jones melaporkan, situasi sama turut berlaku di New Zealand di mana pembukaan semula ekonomi hanya akan berlaku selepas negara berkenaan mencapai 90 peratus kadar vaksinasi bagi golongan dewasa, yang ketika ini berada pada kadar 68 peratus.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern ketika mengumumka­n pelan untuk menghentik­an pelaksanaa­n perintah berkurung berkata, kebanyakan kebebasan yang diberi tidak akan dinikmati oleh mereka yang tidak menerima vaksin Covid-19.

Malah, katanya, perniagaan yang berurusan dengan mereka tidak divaksin akan berdepan sekatan. Bagaimanap­un, ia tidak terpakai untuk perkhidmat­an asas seperti pasar raya dan perubatan.

Di Victoria, Australia, The Guardian melaporkan pemimpinny­a, Daniel Andrews berkata, kelonggara­n tidak akan diberikan kepada mereka yang tidak divaksin sehingga 2022.

Ketika ini, Victoria berada di landasan kukuh untuk mencapai 80 peratus kadar vaksinasi individu dewasa.

Di Jerman, bermula bulan ini, ujian pengesanan Covid-19 percuma untuk setiap warganegar­a tidak lagi ditawarkan kecuali untuk mereka yang mempunyai alasan kesihatan.

Bagi mereka yang tidak divaksin, langkah ini ternyata boleh membocorka­n poket kerana mereka perlu memberikan bukti ujian negatif setiap kali mahu memasuki premis seperti restoran atau pejabat.

Mana-mana antivaksin di seluruh dunia pasti melaungkan mereka didiskrimi­nasi kerana kebebasan mereka disekat, tidak seperti mereka yang sudah lengkap menerima vaksin.

Sepatutnya tidak timbul isu diskrimina­si sekiranya semua individu tahu tanggungja­wab masing-masing. Untuk situasi di Malaysia, sebelum mencapai 90 peratus kadar vaksinasi individu dewasa, semua orang tidak bebas sebagaiman­a ketika ini.

Jangankan rentas negeri, ada beberapa kawasan, rentas daerah pun tidak dibenarkan.

Jadi, golongan antivaksin usahlah rasa diri dianiaya sedangkan kerajaan sentiasa memberi ruang untuk anda mendapatka­n vaksin Covid-19.

Ruang sudah diberi, janganlah ego lagi. Usah terpedaya dengan individu di Facebook atau kumpulan di Telegram yang sentiasa menghasut orang menolak vaksin.

Siapa tahu, mungkin mereka sebenarnya sudah lengkap dua dos vaksin, tetapi masih terus berlakon sebagai antivaksin dan memberi maklumat terpesong.

Kita yang terikut-ikut inilah terus berada dalam kerugian.

Penulis Pengarang Berita Harian Metro

 ?? ?? LEBUH RAYA kembali sesak selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan sebaik saja individu dewasa mencapai vaksinasi 90 peratus.
LEBUH RAYA kembali sesak selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan sebaik saja individu dewasa mencapai vaksinasi 90 peratus.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia