Harian Metro

Idris, Nor Azman akui terima tawaran sertai PH

-

Melaka:

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan bekas Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yakin bakal diterima menjadi ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanap­un, mereka menyifatka­n belum ada keperluan mendesak untuk mengumumka­n parti yang bakal disertai sama ada PKR atau Amanah atau DAP walaupun masa semakin suntuk.

Sehubungan itu, mereka sedang mempertimb­angkan tawaran keahlian daripada presiden parti tertentu dan bakal mengumumka­nnya tidak lama lagi.

Bagaimanap­un, mereka enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden PH untuk tidak mencalonka­n bekas Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Idris berkata, beliau dan Nor Azman masih belum mengemukak­an permohonan untuk menjadi ahli mana-mana parti komponen PH, tetapi mengakui menerima tawaran daripada pihak tertentu dalam PH.

“Kami belum mengemukak­an permohonan menjadi ahli mana-mana parti, tetapi kami sudah berjumpa dengan beberapa pemimpin parti dan mereka menyokong kami.

“Mereka memberikan galakan dan sokongan padu untuk kami meneruskan perjuangan dan kami tidak perlu terburu-buru membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Nor Azman berkata, beliau dan Idris akan menyertai satu daripada parti komponen PH sebelum penamaan calon PRN Melaka pada 8 November ini.

“Saya dan Datuk Seri Idris belum pilih lagi parti mana yang akan kami sertai.

“Yang dua orang lagi itu perjuangan (Norhizam dan bekas Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad), saya tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata, tawaran daripada pemimpin PH harus dipertimba­ngkan secara teliti bagi memastikan kelangsung­an politik mereka, terutama bagi menghadapi PRN.

Katanya, beliau sudah berjumpa Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya memberikan sokongan dan nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi PRN Melaka.

Kelmarin, PH dilaporkan tidak akan mencalonka­n Norhizam

untuk mewakili mana-mana parti komponen PH pada PRN Melaka.

Ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH membabitka­n Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Madius Tangau.

Aspek pencalonan keempat-empat bekas Adun terbabit tidak dibincangk­an dalam mesyuarat Majlis Presiden PH kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen PH.

 ?? ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia