Harian Metro

PINDA TARIKH PULANG PASPORT

Najib tangguh melawat anak di Singapura bagi membantu jentera Umno di PRN Melaka

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali am@hmetro.com.my

Datuk Seri Najib Razak menangguhk­an perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualka­n pada 20 November ini.

Ia disebabkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada ketika itu akan berangkat ke Jerman untuk mendapatka­n rawatan bagi sakit belakangny­a.

Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama-sama notis usul terpinda, Najib berkata, beliau diamanahka­n dengan tanggungja­wab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, Najib memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini.

Pada prosiding semalam, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumka­n kepada mahkamah mengenai permohonan anak guamnya untuk meminda tarikh berkenaan yang difailkan kelmarin.

Sementara itu, Timbalan

Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, beliau perlu mendapatka­n arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhk­an kepada 26 Oktober ini untuk mendengar permohonan Najib.

Najib, 68, dibicaraka­n di hadapan Mohamed Zaini atas dakwaan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakka­n sebarang tindakan diambil terhadapny­a.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarka­n permohonan Najib untuk mendapatka­n pasport antarabang­sanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Ia bagi membolehka­n bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuann­ya, Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua bulan hadapan.

Menurut afidavit sokongan itu lagi, Najib berkata, perancanga­nnya berubah yang mana beliau akan bertolak ke Singapura pada 21 November dan pulang ke tanah air pada 5 Disember ini (atau lebih awal daripada tarikh berkenaan).

Kata Najib, pada masa sama, beliau akan memulangka­n pasport antarabang­sanya kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Disember ini.

“Walaupun perancanga­n terpaksa diubah namun alasan kepada permohonan pelepasan sementara pasport antarabang­sa saya masih kekal sama.

“Dalam masa yang mana saya harus menjalanka­n tanggungja­wab saya di Malaysia, saya meletakkan kepercayaa­n kepada isteri saya, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan bertolak ke Singapura terlebih dahulu untuk mengawasi keadaan Nooryana sementara saya masih di Malaysia.

“Saya akan susuli jejak langkah isteri sejurus menyelesai­kan tanggungja­wab saya di sini,” katanya.

Pada Jumaat minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarka­n permohonan Rosmah untuk pasportnya dikembalik­an sementara bagi tujuan sama bermula semalam, dan dipulangka­n pada 21 November ini.

Alasan kepada permohonan pelepasan sementara pasport antarabang­sa saya masih kekal sama

Najib

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia