Harian Metro

FAZEERA MILIK FIZO

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup

- Oleh Zaara Talita am@hmetro.com.my

Pelakon, Fizo Omar, 36, melangsung­kan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi kelmarin.

Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahka­n berita pernikahan itu yang berlangsun­g jam 10 pagi.

“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat saja. Mereka hanya ingin meneruskan apa yang wajib memandangk­an Fizo juga sudah lebih dua tahun menduda,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut Mimi, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.

Fazeera turut memuat naik dua gambar dia mengenakan baju pengantin berwarna putih selain menggunaka­n gambar Fizo lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuann­ya, Wan Maryam sebagai gambar profil akaun Instagram itu.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukka­n seorang lelaki (tanpa menunjukka­n wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan keterangan gambar, Alhamdulil­lah.

Fazeera yang dikatakan berasal dari Sarawak bagaimanap­un menutup ruangan komen pada akaun media sosial miliknya itu.

Dalam pada itu, Mimi memohon kepada sesiapa yang menyebarka­n akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakka­n kekeliruan.

“Benar. Akaun TikTok yang tular adalah milik Fazeera, tetapi dia memilih untuk menyah aktifkan akaun berkenaan atas sebab peribadi. Mungkin juga terkejut dengan perhatian daripada banyak pihak,” katanya.

Malam kelmarin, Fizo memuat naik gambar dia berbaju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahka­n dia sudah bernikah, sekali gus ‘meninggalk­an’ status duda.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubung­i Fizo sejak malam kelmarin tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsia­n hidup mereka dikurniaka­n seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 ?? ?? GAMBAR Fizo dan Fazeera bersama Wan Maryam (kiri).
GAMBAR Fizo dan Fazeera bersama Wan Maryam (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia