Harian Metro

Peluang Kedua raih 2x Anugerah Platinum

-

Kuala Lumpur:

Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali, 28, berjaya meraih 2x Anugerah Platinum iaitu hasil pendapatan melebihi RM400,000 di semua platform penstriman dan YouTube.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Muhd Razali meluahkan rasa syukur dan menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya selepas bekerja keras untuk lagu itu.

“Alhamdulil­lah, ini pencapaian terbaik saya sehingga sekarang. Segala penat lelah bersama pasukan pengurusan nyata sangat berbaloi dengan penjualan lagu ini.

“Saya juga tak sangka Peluang

Kedua mendapat sambutan sangat menggalaka­n sejak ia dilancarka­n. Saya harap peminat akan terus menyokong lagu baharu saya yang bakal keluar tidak lama lagi,” katanya.

Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu menerima anugerah berkenaan selepas melepasi angka penjualan RM400,000.

Syarat ditetapkan untuk meraih Anugerah Platinum adalah sesebuah lagu haruslah mencapai keuntungan sebanyak RM200,000.

Nabila percaya, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri sebuah karya hebat dan berkualiti.

Selaku penyanyiny­a, dia juga sentiasa memastikan lagu berkenaan terus dipromosi sebaik mungkin dan berjaya meninggalk­an kesan kepada pendengar.

“Setiap produk yang dikeluarka­n itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita saja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu terbabit.

“Ini antara faktor yang sangat penting di sebalik kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarka­n oleh saya,” katanya.

 ?? ?? NABILA Razali
NABILA Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia