Harian Metro

DERITA BAYI 3 BULAN

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Pada usia tiga bulan, Muhammad Fayyadh Zikri Mohamad Faiz sudah menanggung derita apabila terpaksa dibedah selepas dilahirkan kerana tidak mempunyai lubang dubur.

Malah, bayi comel itu juga tidak dapat membuang air kecil dengan sempurna menyebabka­n dia akan dibedah sekali lagi untuk memastikan anak kedua dari dua beradik itu dapat membuang air besar dan kecil dengan normal.

Menurut bapanya, Mohamad Faiz Abdul Halim, 25, anaknya melakukan pembedahan stoma selepas dilahirkan bagi memastikan najis dapat keluar menerusi perut.

“Namun apabila membuang air kecil sebahagian­nya akan keluar menerusi pusat manakala sebahagian lagi menerusi kemaluan.

“Jadi, doktor mungkin akan melakukan dua pembedahan lagi terhadap anak saya bagi memastikan dia dapat membuang air besar dan kencing secara normal selepas ini.

“Namun, tarikhnya belum diketahui memandangk­an berat badan anak saya belum cukup lima kilogram (kg),” katanya ditemui, di sini.

Mohamad Faiz, berkata dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan bulan lalu berikutan anaknya perlu melakukan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Changlun dan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar beberapa kali dalam sebulan.

Katanya, dia kini hanya menjual pelbagai biskut di tapak pasar malam sebagai ikhtiar untuk kelangsung­an hidup mereka sekeluarga.

Menurutnya, isterinya, Zakirah Ghazali, 25, adalah suri rumah kerana perlu menjaga dua anak termasuk anak sulung, Nur Rabiatul Adawiyah yang baru berusia lima tahun.

“Dalam seminggu saya dapat berniaga empat atau lima hari sekiranya tidak hujan dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM30 sehari.

“Duit itulah saya gunakan untuk membeli susu formula khas Muhammad Fayyadh dengan harga RM74 sekotak. Setiap bulan saya perlu beli tiga kotak.

“Selain itu, saya juga perlu membeli peralatan atau barang untuk membersihk­an najis anak dianggarka­n RM300 sebulan, belum termasuk lampin pakai buang,” katanya yang menyewa rumah di Kampung Changkat Setol, Changlun di sini dengan kadar RM350 sebulan.

Bercerita lanjut, Mohamad Faiz berkata, baru-baru ini dia juga terpaksa memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Muhammad Fayyadh.

“Bantuan itu saya difahamkan dalam proses. Ramai juga yang membantu meringanka­n beban saya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat tempatan. Saya gunakan duit itu untuk membeli barang keperluan Muhammad Fayyadh.

“Doktor belum memaklumka­n kos pembedahan anak namun saya perlu menyimpan sedikit demi sedikit dari sekarang kerana selepas pembedahan anak saya perlu lakukan rawatan susulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­i Mohamad Faiz menerusi talian 013-4513575.

 ?? ??
 ?? ?? ZAKIRAH membersihk­an stoma di perut Muhammad Fayyadh yang bakal menjalani pembedahan kedua.
ZAKIRAH membersihk­an stoma di perut Muhammad Fayyadh yang bakal menjalani pembedahan kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia