Harian Metro

BATAL JIKA PENIAGA BANTAH

- Am@hmetro.com.my

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membatalka­n notis pengosonga­n kepada peniaga di Medan Selera Taman Meru di sini jika mereka membantah projek naik taraf struktur bangunan itu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, projek naik taraf struktur yang mahu dilaksana itu sebenarnya masih berada dalam peringkat cadangan.

“Sebenarnya baharu cadangan dan belum ada keputusan, satu cadangan diberikan kepada saya iaitu untuk menyewa keseluruha­n dalam bentuk kontrak.

“Ideanya bangunan tempat sama dengan struktur bangunan asal akan diubah suai semula iaitu medan selera dengan konsep baharu yang bukan secara bangunan berstruktu­r, tetapi jika mereka peniaga tidak bersetuju, notis pindah sementara itu kita batalkan, tiada masalah,” katanya.

Rumaizi berkata, cadangan awal naik taraf itu tidak menghilang­kan fungsi medan selera cuma diubah suai dalam bentuk konsep lebih moden.

“Cadangan jurutera ialah bina kabin membabitka­n kos lebih rendah dan oleh kerana hendak membuat kabin mungkin makan masa dua hingga tiga bulan kami syorkan mereka dipindah sementara di gerai MBI sedia ada supaya dapat juga pendapatan dalam tempoh itu. “Cadangan itu perlu kami fikirkan dan bawa ke mesyuarat, tetapi kalau peniaga tak setuju notis diterima itu kami batalkan dan cadangan naik taraf itu mungkin kami tangguh. Peniaga boleh berniaga seperti biasa,” katanya Menurutnya, sebelum ini sesi libat urus bersama mereka yang terbabit termasuk peniaga sudah diadakan dua kali bagi berbincang berhubung perkara itu.

“Dalam hal ini, jika perlu bina baharu, kami cuba berunding dengan kerajaan negeri atau kerajaan persekutua­n untuk biaya kos naik taraf sebab ia melibatkan kos tinggi,” katanya.

Katanya, cadangan naik taraf Medan Selera Taman Bersatu itu antara pelaksanaa­n kajian semula medan selera tidak aktif dan terbiar di bandar raya Ipoh.

“Sebelum ini kami berhasrat selain medan selera kami naik taraf pasar. Bermula di Medan Taman Kanak-kanak (TKK), Medan Selera Tasek dan kemudian kami ke Meru dan Buntong, kami akan buat satu persatu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan MBI menukar Medan Selera Taman Meru sini, menjadi pusat pendidikan swasta mendapat bantahan peniaga yang hilang punca pendapatan.

“Sebenarnya baharu cadangan dan belum ada keputusan Rumaizi

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? USIA tidak menghalang pembuat jaring ikan, HP Lim, 70, untuk terus menghasilk­an jaring ikan dan jaring udang yang ditempah nelayan sekitar Pulau Pinang. Lim yang berpengala­man dalam bidang terbabit selama 40 tahun dan kelincahan tangannya menjadikan suatu kerajinan yang bermanfaat dalam kehidupann­ya serta tekun menyiapkan jaring itu di sebuah kedai usang di Tapak Warisan Unesco di Jalan Dr Lim Chwee Leong, Georgetown, semalam.
USIA tidak menghalang pembuat jaring ikan, HP Lim, 70, untuk terus menghasilk­an jaring ikan dan jaring udang yang ditempah nelayan sekitar Pulau Pinang. Lim yang berpengala­man dalam bidang terbabit selama 40 tahun dan kelincahan tangannya menjadikan suatu kerajinan yang bermanfaat dalam kehidupann­ya serta tekun menyiapkan jaring itu di sebuah kedai usang di Tapak Warisan Unesco di Jalan Dr Lim Chwee Leong, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia