Harian Metro

KEPUNG DULU!

Empat pencuri balak licik akhirnya tertangkap

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@metro.com.my

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah nasib empat individu yang ditahan selepas disyaki kerana terbabit dengan cubaan memindahka­n balak secara haram dalam kawasan hutan tanah kerajaan di Kampung Perlak Mukim Penyor di sini, petang kelmarin.

Semua lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 36 tahun itu beberapa kali berjaya meloloskan diri daripada pemeriksaa­n Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). Mereka itu cukup licik mengelak daripada ditahan selepas dipercayai memindahka­n hasil hutan tanpa permit.

Bagaimanap­un, Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) JPNP Nor Azirim Ahmad berkata, mereka itu akhirnya terperangk­ap dalam serbuan jam 4 petang kelmarin.

Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit berada dalam kawasan hutan tanah kerajaan di Kampung Perlak dalam usaha memindahka­n balak yang sudah ditebang.

Katanya, mereka begitu licik terutama dua individu yang menjadi dalang pada kegiatan memindahka­n balak secara haram di beberapa daerah di Pahang sebelum ini.

“Pengalaman luas menjadi kelebihan pada dua individu terbabit apabila sebelum ini mereka sering terlepas setiap kali usaha menangkapn­ya dilakukan dan akhirnya mereka tumpas,” katanya.

Menurutnya, operasi itu dijalankan Unit Penguat kuasa JPNP Zon Pahang Timur diketuai Penolong Pengarah Kanan, Muhammad Firdaus Abdul Kadir.

Katanya, kawasan terbabit terletak empat kilometer dari jalan utama dan pihaknya bertindak mengepung kawasan terbabit terlebih dahulu selepas mengesan laluan kenderaan yang digunakan kerana didapati terdapat satu jalan sahaja untuk keluar masuk ke kawasan terbabit.

“Empat individu itu seolah terkejut dan tergamam melihat kehadiran anggota penguat kuasa, mereka tidak menyangka kegiatan mereka berjaya dihidu hingga menyebabka­n tidak sempat melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua mereka itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) (Akta 313) Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurutnya, pihaknya turut bertindak menyita dua jengkaut dan masing-masing sebuah lori balak serta pacuan empat roda.

“Mereka itu dipercayai berada dalam hutan itu sejak lima hari lalu namun mereka mula menebang pokok pada kelmarin (Rabu), usaha memindahka­n balak dikatakan akan dilakukan secara berperingk­at bermula hari ini (semalam),

“Pemeriksaa­n menemui lebih 30 tual balak pelbagai jenis seperti kelat dan kedondong bernilai RM3,000. Siasatan awal mendapati kali terakhir mereka pindah balak secara haram pada dua minggu lalu di Hutan Simpan Lepar,” katanya.

 ?? ?? KAKITANGAN JPNP menggagalk­an cubaan memindahka­n balak secara haram di Kampung Perlak Mukim Penyor.
KAKITANGAN JPNP menggagalk­an cubaan memindahka­n balak secara haram di Kampung Perlak Mukim Penyor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia